Sunday, 4 January 2026

Lima Langkah Bila Rasa Hidup Gelap

 


  1. Jangan tanya "kenapa" tetapi, kita fikir "apa" yang boleh aku buat sekarang..
  2. Buat checklist, satu senarai semak, apa yang jadi sekarang dan apa next move aku.
  3. Luangkan masa dengan orang yang menghargai kita.
  4. Bina rutin-rutin kecil positif.
  5. Fikirkan siapa yang boleh aku bantu hari ini. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 2 January 2026

Wanita : Suka Sangat Bersesak, Kenapa?

                                  

Semalam kita masuk ke tahun 2026. Macam-macam sambutan diadakan untuk ambang tahun baharu. Di KL memang meriahlah dengan bunga api dan crowd yang ramai sementara menunggu detik 12 tengah malam. Macam-macam program di luar outdoor sana, melibatkan kehadiran segala rupa manusia dan lapis masyarakat. Baik rakyat tempatan, juga orang-orang asing dan pelancong.

Hari ni meriah dah pun gambar situasi di lokasi sambutan ambang tahun baharu 2026 yang penuh dengan tinggalan sampah sarap. Saban tahun, perkara sama inilah yang masih berlaku. Dari situ pun kita tahu tahap mana mentaliti dan sikap orang yang ramai-ramai hadir tu. 

Cumanya saya nak bincangkan satu lagi aspek yang mungkin boleh kita semua fikirkan bersama iaitu berkaitan mentaliti turun beramai-ramai tu. Bagi saya, kita sebagai orang yang dah berada pada tahap kemajuan dan tamadun tinggi ni, mungkin boleh diletakkan di minda tidak perlu sangat untuk kita beramai-ramai keluar untuk turut sama dalam sambutan hujung tahun begitu terutamanya yang berkeluarga dan golongan wanita.

Nampak di feed, ada video suasana detik 12 tengah malam yang beramai-ramai, bersesak-sesak dan berhimpit sampai macam nak putus nyawa. Saya rasa tak sepatutnya kita, lebih-lebih para wanita muslim Melayu khususnya pergi ke situasi sebegitu. Suka saya nak mencadangkan, untuk anda (wanita), hindarilah situasi sesak sebegitu. Kenapa perlu merisikokan kehormatan dan keselamatan diri sekadar untuk memeriahkan peristiwa yang hanya untuk seronok-seronok je tu. Sambut saja kemeriahan tu di rumah atau tempat-tempat yang lebih tenang. Anda nampak lebih bijak dan sopan. Zaman berubah, tahun berubah. Mentaliti tak berubah lagi. Sanggup susahkan diri. Fikirkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 23 December 2025

Tips Idris Jala - Breakthrough Come When We Breakdown

                                  
                           

Beberapa bulan lepas saya kesempatan sertai satu konvesyen sumber manusia peringkat antarabangsa dan salah satu panel forum disampaikan ole Tan Sri Idris Jala dan dikendalikan anaknya sendiri (Leon Jala). Tak perlu saya perkenalkan lagi, sebab dia antara orang hebat yang banyak membantu kemajuan bisnes syarikat dan ekonomi negara juga. Beberapa tips yang suka untuk saya tinggalkan di entri kali ni untuk rujukan diri dan sahabat yang membaca:

1. Untuk buat tranformasi perlu tahu kenapa dan bagaimana. Kenapa nak transform dan bagaimana gerak kerjanya. Terbaiknya disandarkan pada 3 bahagian ni:
a) Impossible target;
b) Segmentise - try doing i a new way;
c) Break into details (3 feet plan) - agar kita tahu siapa sedang buat apa.

2. Komen beliau tentang perladangan dan pertanian.
a) Tanaman yang ada ~ pastikan ia berhasil;
b) Tanam juga untuk masa depan (sedia untuk keberhasilan masa hadapan).

3. Apa Nak Kena Semak Setiap Minggu.
a) Where are your winning?
b) What are your challenges? Dapatkan feedback.
c) Ingat yang kita ni tengah "pregnant". We must DELIVER!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 14 December 2025

Kita Orang Malaysia, Jangan Buat Sampah





Pakcik nak tegurlah semua rakyat Malaysia. Tak kira umur, tak kira yang cerdik atau "bodoh", tak kira kaya atau miskin, orang kampung dan bandar, semua jantina, tak kira bangsa apa pun dan tak kira parti politik mana pun. Sila ambil serious! 

Awak jogging,
Awak berkelah,
Awak jalan-jalan, 
Awak melancong,
Awak naik gunung, 
Awak pergi kenduri, 
Awak masuk tandas, 
Awak riadah di taman,
Awak lalu atas jambatan, 
Awak masuk pasar malam,
Awak makan sedap kat warung,
Awak memandu highway dan jalan, 
Awak pusing-pusing kedai kat mall,
Awak park kereta kat mana-mana jua,
Awak healing masuk keluar hutan,
Awak yang berjemaah acara RXZ, 
Awak mandi-manda kat air terjun, 
Awak duduk mancing tepi sungai,
Awak yang kerja kat ofis pun..

Awak jangan buat sampah!

Awak buang tabiat buruk buang sampah merata-rata tu. "Bersih tu separuh dari iman jua". Entah mana silapnya didikan kita ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 6 December 2025

Tips Tangani Stress

 


Amalkan 8B tips mudah ini untuk tangani stress dalam tempoh serta-merta:

  1. Bertenang: tarik nafas dalam dalam dan hembus perlahan;
  2. Berkata "relakslah" pada diri;
  3. Beribadat;
  4. Berkongsi: kongsi perasaan dengan orang yang anda percaya;
  5. Berurut;
  6. Berehat: bertenang dan dengar musik;
  7. Beriadah atau bersenam;
  8. Berfikiran "Positif".

Kalau rasa perlukan bantuan, hubungi Talian Kasih : 15999


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 9 November 2025

Komen Bagi Hal Prof Dr Solehah Yaakub

 



Komen saya bagi hal Prof Dr Solehah Yaakub

Kita yang tiada apa-apa ilmu tentang sejarah ni dan tak buat kajian, sila berlapang dada, dengar dengan hati dan sepatutnya mendokong lagi (terutama bangsa Melayu). Mungkin tahap pemikiran kita yang cetek tak tercapai apa level pengetahuan dan hujah yang Prof ada.

Logik saya mudah saja:

1. Tanah ini kaya dengan sumber sendiri (dalam tanah, hutan dan laut).
2. Beribu-ribu tahun sebelum dijajah, negeri ni berdiri sendiri (satu bangsa, pastinya ilmu-ilmu terbangun berkembang).
3. Sejarah perjalanan dan peristiwa dunia luas tercatat dalam manuskrip dan kajian oleh pakar.

Prof Salehah menemu titik-titik peristiwa, catatan dan pertalian antara ketiga-tiga perkara di atas.

#RaikanIlmu
#DengarDulu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 1 January 2025

Azam Tahun 2025

Hari baharu dan tahun baharu 2025 bermula hari ini. Kita boleh ambil kesempatan moment ini untuk reset dan setting semula impian dan sasaran tahunan diri. Bagi saya, walaupun dalam tahun-tahun yang lepas mungkin banyak yang tak tercapai, setidak-tidak minda kita sedarkan tentang hajat dan apa harapan yang ingin dibina.

Untuk tahun ni saya menggunakan sikit strategi baharu yang berbeza. Dengan menggunakan pendekatan pendigitalan dan memori digital untuk mendaftarkan apa yang saya sasarkan. Saya bahagikan azam saya kepada 5 bahagian:


  1. Kesihatan fizikal dan mental;
  2. Kesihatan duit poket dan simpanan (RM dan USD);
  3. Penambahan skill dan knowledge (menyumbang perkara nombor 2);
  4. Sumbangan kepada orang keliling (kejiranan) dan masyarakat;
  5. Pemantapan aspek kerohanian.
Kalau nak dihuraikan setiap satu perkara ni memang panjang juga ceritanya. Tapi takpelah, saya akan bercerita lanjut nanti dalam siaran-siaran Live TikTok yang saya akan langsungkan. Doakan saya berjaya menjadi orang yang jauh lebih cemerlang dari tahun yang sebelum-sebelum ini. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 8 December 2024

Perkukuh Pertahanan Siber

 




Apa perasaan anda kalau pada satu pagi anda onkan komputer atau laptop dan dipapar pada skrin seperti ilustrasi begini? Pasti kita akan panik kan?

Bagi sayalah, serangan siber yang paling menakutkan adalah "ransomware". Data kita dia ambil, kunci (lock) dan mereka minta pampasan. Jika dibayar pampasan pun belum tentu maklumat dan data tu selamat dan diyakini kita dapat semula pemilikannya. Begitulah kekejaman atas dunia ni. Dunia moden yang sebenar.

Bila kita dah menjadi sah mangsa serangan siber, pastinya reputasi dan maruah yang ada akan sikit tercalar. Walaupun yang menjadi mangsa kebiasaannya adalah individu atau entiti sesebuah organisasi, percayalah usaha memerangi dan mencegah anasir tidak baik ini harus menjadi tanggungjawab kita bersama.

Saya kongsikan serba sedikit beberapa langkah pengukuhan (safeguard) yang boleh kita ambil khususnya dalam konteks organisasi:

  1. Pastikan kemaskini perisian yang kita guna;
  2. Mempunyai sistem pengurusan patch;
  3. Backup data dan pastikan data tersebut sedia apabila diperlukan (bencana);
  4. Elak menggunakan perisian tidak sah (pirated). Elak muat turun daripada sumber tidak sah;
  5. Melaksana audit pada aspek keselamatan dalam perkhidmatan/rantaian pembekal;
  6. Pastikan menggunakan capaian remote yang selamat; 
  7. Melaksana pemantauan rangkaian untuk kesan sebarang anomali;
  8. Mewujudkan SOC (Pusat Operasi Keselamatan) yang memantau dan bertindak balas semasa insiden;
  9. Mempunyai kemudahan maklumat (update) tentang perkembangan dan taktik ancaman siber (threat intelligence);
  10. Pendidikan dan latihan kesedaran keselamatan siber kepada warga organisasi;
  11. Mendapatkan khidmat professional (expert in cyber security) untuk membuat penilaian serta menawarkan penyelesaian untuk perlindungan optimum;
  12. Mendapatkan perkhidmatan terurus (managed services) bagi membantu dan meringankan beban tenaga/peranan anggota dalaman. Contoh langganan yang terbaik antaranya seperti Managed Detection and Response (MDR).
Untuk panduan bersama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lorong Sana Kemalangan, Lorong Sini Yang Jem

Di Malaysia kebiasaannya berlaku kesesakkan dan trafik perlahan disebabkan kemalangan. Kemalangan kecil pun jem, apatah lagi jika ada kemalangan serius. Malah semasa tiada kemalangan pun, trafik jem boleh berlaku tak semana-mana. Dari pemerhatian saya, ia berlaku bila mana ada sesebuah kenderaan dipandu perlahan daripada biasa kelajuan normal biasa. Biasa berlaku pada spot dan lokasi tertentu yang pemandu cenderung memperlahankan kenderaan semasa jumlah trafik agak tinggi, memang jem akan timbul. Terdapat juga kecenderungan di lokasi menghampiri plaza tol. Banyak spot situsi seumpama berlaku itu di lebuh raya PLUS, NKVE, DUKE dan lain-lain. 

Cumanya ada satu situasi yang seharusnya rakyat Malaysia perbaiki. Iaitu tak perlu kira slowkan sangat dan sibuk memerhati keadaaan kemalangan yang tidak melibatkan lorong atau laluan kita. Sebagai contoh, kemalangan berlaku di lorong sebelah yang memang langsung tidak berkenaan/menjejaskan laluan kita. Alih-alih laluan yang tak terlibat pulak yang perlahan dan terus jem. Sibuk sangat nak tengok situasi kemalangan sebelah tu dah kenapa? Pandu dan berlalu sajalah macam biasa.

Satu lagi kepada pihak yang berkuasa (Polis Trafik), seharusnya ada SOP tertentu dimana boleh anggota trafik membantu leraikan trafik yang jem dan perlahan tu. Tak berbaloi kita mensiakan masa dan hidup ni menunggu pada perkara yang tiada apa-apa faedah kehidupan. Bye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 1 May 2024

Kerja Elok-Elok Ya Sahabat

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 14 January 2024

Aku Bertiktok Pula

Dihujung-hujung tahun 2023, saya menemukan satu hobi baharu. Hobinya adalah bertiktok khususnya berbuat siaran Live TikTok. Entah macamana boleh pulak ada banyak FYP yang promote dan menggalak tentang basic TikTok dan bagai mana untuk kembangkan akaun agar cepat peroleh ramai followers.

Rupa-rupanya taklah sukar sangat untuk kita tambahkan jumlah followers yang ada. Perlukan sedikit kefahaman TikTok, memahami gerak tindakan yang perlu dan konsisten terus bertindak. Alhamdulillah jumlah followers saya bertambah pada kadar yang agak memberangsangkan. Bermula dengan mengejar 1000 yang tertama dan seterusnya kini untuk mendapatkan 10 ribu yang pertama pula.

Banyak tips yang sentiasa dikongsikan diruanganTikTok oleh siffu-sifu dan mentor-mentor di TikTok ni. Sampaikan saya sendiri keliru dan musykil mahu dipilih mentor yang mana 👨

Apakan saya bersyukur, TikTok yang sebelum ni saya nampak sebagai platform yang negatif, kini sudut pandang saya dah jauh berbeza. Banyak peluang, ruang dan potensi ada di platform ni untuk kita meningkatkan tahap kejayaan diri dan kehidupan. Saya akan manfaatkannya sebaik mungkin. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 28 October 2023

Work In Progress

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 19 October 2023

Dalam Hidup, Pilih Yang Kita Suka


    
    
Dalam hidup yang sesingkat ni, kita sentiasa diberi peluang dan pilihan untuk menjadi lebih baik. Kita yang semalam harus ditambah nilai untuk kita yang lebih baik hari ni dan esok. Diri kita terdiri daripada aspek fizikal, rohani dan emosi. Fisiologi kita sebagai manusia pastinya jauh berbeza dengan peliharaan kita tu (kucing, ayam dan lain-lain). Ia hanya memerlukan makan dan udara saja mungkin. Tapi kita memerlukan jauh lebih banyak lagi perkara dan hampir perlukan segala-galanya. Ketenangan, bahagia, keselesaan, kekayaan, kecukupan, kepuasan dan kelapangan diri.

Tanpa kita sedar, selalu sangat dah kita memilih jalan derita. Laluan sengsara yang selalu mengundang duka dan lara. Laluan yang kabur tanpa jelas membawa kita ke mana-mana. Berbuat sesuatu tanpa mencari isi dan makna. Membuatkan kita hanyut dan terus hilang arah entah ke mana. Kadang kala berlaku juga salah memilih acara. Sibuk sangat mengurus perkara-perkara ranting sehingga perkara-perkara pokok terabai begitu saja.

Posting ni sekadar sekelumit luahan rasa hati. Detik rasa di satu sudut hati dan emosi yang sangat mengimpikan apa yang dilalui dan bakal dilalui mengundang ketenangan dan rezeki berpanjangan dari Illahi. Berdamailah kita dengan diri dan carilah pilihan hidup yang betul-betul kita sukai. Bila sesuatu yang kita suka tu dah dekat melekat berada pada diri, harap dapat berbunga-bunga hasil produktiviti dan sebaran manfaat kepada mereka yang lain di sekeliling diri. Moga nukilan ringkas ni serba sedikit menyedarkan untuk kita pilih dan berbuatlah apa yang kita suka selama ini. Bila berbuat perkara yang dekat di hati, letih tu dengan sendiri berlalu pergi.    



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 15 October 2023

Hari Minggu (2 hari) Pendek Sangat

 
Sabtu :

Beberapa jam mempersiap aturan rumah dan hal pagi hari. Beberapa jam lagi join taklimat kelas mingguan. Beberapa jam lagi masa perjalanan dan majlis kenduri di luar. Singgah gunting rambut untuk beberapa minit. Dan berbaki jam-jam seterusnya buka laptop dan menyentuh-nyentuh fail-fail, menyemak jadual minggu depan.

Ahad :
Penat Sabtu semalam tak abis lagi...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 16 September 2023

MBSA, Persatuan Penduduk dan Cabaran AJK

 


Awal minggu hari tu saya mewakili pengerusi persatuan penduduk ke satu taklimat oleh MBSA tentang garis panduan dan proses kelulusan hal-hal berkaitan skim kawalan berpengawal dan berpagar serta permit TOL serta lain-lain. Taklimat dibuat di Pusat Konvesyen MBSA, Seksyen 13. Luas dan selesa tempatnya. Selesa sangat mendengar 4 tajuk taklimat oleh pegawai yang membentang. Syabas MBSA akan program yang diadakan ni.

Hari ni rata-rata saya tengok kehadiran oleh pimpinan persatuan-persatuan penduduk sekitar Shah Alam agak memberangsangkan. Senarai kehadiran tu nampak penuh dan kerusi-kerusi yang tersedia pun hampir cecah 90% diisi. Betapa topik atau tajuk yang ingin disampaikan ni sangat relevan dan penting untuk diambil maklum oleh semua.

Apa yang dapat saya perhati dan fahamkan untuk sesi separuh hari ni adalah aspek keselamatan perumahan adalah perkara paling utama untuk rakyat. 95% tumpuan tenaga dan peruntukan untuk setiap persatuan penduduk akan tertumpu ke situ. Keutamaan akan memberat ke kawalan keselamatan, pondok pengawal, boom gate, auto gate, pengawal keselamatan serta aspek-aspek yang memperkukuh kawalan termasuk CCTV, pagar, speed bumper dan lain-lain. 

Bila berdepan dengan keperluan peraturan dan garis panduan pihak berkuasa tempatan, di sinilah mulanya situasi dan cabaran buat jawatankuasa persatuan penduduk. Rata-rata kerja yang dibuat secara sukarela ni sedikit rumit dan kompleks apabila ada keperluan untuk memohon kelulusan itu dan ini. Ya kita sebagai rakyat perlu mematuhi segala akta, peraturan dan SOP yang ada. Dan keluhan kebanyakan wakil-wakil persatuan adalah agar dipermudahkan tatacara dan proses dalam agensi yang ada. Betul jugalah pandangan mereka tu, bila saya perhatikan pimpinan persatuan ramai yang agak berusia. Agak mencabar juga untuk mereka hadam dan cakna kesemua perincian proses dan dokumen-dokumen yang ada. Nasib baik semuanya masih manual. Kalau dah berpindah ke online, entah bagaimana agaknya. Memang sebaiknya urusan kesatuan dan kesetiausahaan ni wajar diberikan kepada tenaga muda. Itu pun belum tentu yang muda pun boleh berkomitmen tinggi dan bersungguh memberikan sumbangan terbaik.

Apa pun syabas, kepada kumpulan pimpinan persatuan-persatuan penduduk ni. Nampak keikhlasan di wajah mereka yang ada, demi kesejahteraan dan keharmonian ahli-ahli penduduk kebanyakkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips Menguruskan Konflik

 


Kita sebagai manusia tak dapat lari untuk berinteraksi dengan individu lain di sekeliling. Di tempat kerja, dalam skop kejiranan, keluarga, persahabatan dan sebagainya. Biasanya yang lebih kerap berlaku konflik ni adalah dalam ruang lingkup di tempat kerja kerana di situlah banyak interaksi dan pelbagai urusan yang ada. Antaranya dalam hal projek, program, aktiviti, mesyuarat, perbincangan dan lain-lain lagi. Biasalah, bukan semua manusia tu sama. Kefahaman lain-lain. Latar belakang dan pendedahan juga lain-lain. Sikap pun lagilah tak sama antara satu sama lain.

Saya kongsikan tips ringkas yang boleh kita amalkan bersama:

1. Sedari kita (we are in a team). Kita duduk sebumbung, berada dalam satu organisasi yang sama. Kita selesaikan bersama;

2. Fokus pada penyelesaian. Fikirkan apa cara dan kaedah untuk selesaikan perkara dan kerumitan tu;

3. Kawal esmosi. Manusia dan lebih-lebihnya lagi wanita.. hehehe, kuat main emosi. Jangan kita terbawa-bawa hanyut dengan emosi. Teguhkan pendirian, raikan perbezaan, fahami semua perkara, jelaskan objektif dan bincang cara harmoni;

4. Dapatkan seorang moderator atau orang tengah untuk menutralkan situasi. Orang tengah yang boleh menyeimbangkan antara pihak yang berkonflik.

5. Dan yang akhir ni cuba letakkan diri kita dalam posisi pihak yag satu lagi. Cuba rasa dan fahamkan apa sudut pandang pihak mereka/dia di belah sana.

Moga bermanfaat geng! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 31 August 2023

Salam Kemerdekaan Tahun Ke-66

 



Kita rakyat adalah umpama bata-bata yang bersama mengukuh satu dan yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 25 June 2023

Sangat Bagus Bila Masjid Anjur Kursus Sebegini

 
Semalam berkesempatan ke masjid untuk hadir ikuti Kursus Menyembelih dan Melapah (Teori & Amali) Lembu dan Kambing. Pergi bersama my hero.




                          

Alhamdulilllah, orang bujang sorang ni sudi pergi sama. Dapatlah dia sikit pengalaman secara tak langsung melihat proses daripada awal hingga daging sedia untuk dimasak. Bermula daripada teknik untuk menumbangkan lembu sampai siap daging boleh di lapah dan dikerat.

Secara mudahnya berikut aturan kerja-kerja sembelihan ni:

1. Merebahkan lembu - ada 2 cara;

2. Membaringkan rusuk kiri lembu ke tanah (sunat arah kiblat);

3. Mengikat semua kaki - ikat yang cukup danmudah dibuka kembali;

4. Sedia untuk sembelih leher - pastikan pisau tajam dan guna cara pegang pisau yang lebih kuat untuk tangan;

5. Sembelih dan pastikan putus empat urat ni - urat nafas (1), urat darah (2) dan urat makanan (1);

6. Biarkan darah lancar terpancut keluar dan longgarkan ikatan;

7. Apabila telah tiada nyama - boleh mulakan proses buang kulit (skinning);

8. Sebelum tu, pisahkan dulu kepala daripada badan - ada tekniknya;

9. Buat potongan stoking di setiap kaki dan proses pisahkan kulit dengan daging dengan pisau. Tarik kuat kulit keluar dan lalukan mata pisau disebelah luar kulit.

10.  Habiskan skinning di satu sisi badan dan pusingkan badan lembu ke sebelah yang lain untuk selesaikan skinning.

11. Sampai step ni, saya dah mula hilang fokus...hehehe.. sebab perut tengah lapar.. kena pergi ambil air kopi dan peekena mee goreng di perkarangan masjid.

12. Bahagian seterusnya ni paling kritikal kera di sini kita akan kendalikan organ-oran seperi hempedu, usus, perut, alat kelamin, tempat najis dan lain-lain - tekniknya agak rumit tapi boleh dipelajari dan dilatih. Perlu berhati-hati agar perut tidak pecah/meletup. Juga hempedunya.

Cara menguruskan bahagian perut pun ada cara-caranya. Secara ringkas - basuh dan alirkan dengan air yang banyak. Gunakan pair air dan masukkan ke salur usus - mana yang pecah potong saja - Saya miss part menggunakan kapur semasa nak bersihkan perut.

13. Bahagikan badan lembu kepada dua bahagian (depan dan belakang) - ada tekniknya;

14. Untuk separuh bahagian tu perlu dipisahkan kaki pertama dengan potong daging bagi pisahkannya dengan rusuk - selak daging - pisau rapatkan ke rusuk - potong hingga terpisah kaki pertama. Ulangi sampai kaki terakhir; 

15. Angkat dan bawa setiap kaki ke tempat lapah/gantung daging - berat tu dan sila gunakan kereta sorong/troli. Kumpulan pekerja melapah/memotong akan sambung memotong daging ke bahagian-bahagian lebih kecil;

Alhamdulillah, sekian seringkas catatan memori yang ada untuk panduan dan kenangan bersama.

Bila buat kerja degnan teknik yang betul, semuanya jadi mudah. Kena cuba juga secara praktikal untuk rasai sendiri apa yang nampak mudah tu :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 4 May 2023

Saya Mencadangkan..

 



Di tempat-tempat umum aktiviti orang ramai macam di kedai dobi layan diri, kadang kala sering pengguna tertinggal barang-barang peribadi macam duit, kunci, botol minuman dan sebagainya. Biasanya barang-barang ni akan terbiar begitu saja, atau kemudiannya dibuang atau diambil oleh pengguna lain. Saya mencadangkan ada baiknya pemilik premis dobi layan diri ni dapat sediakan satu kotak atau bakul khas kecil yang boleh diletakkan barang-barang yang tercicir ni.

Bila ada bakul atau tempat khas untuk barang-barang tercicir ni mudahlah sikit jika pemilik asalnya nak pergi mencari balik barang mereka yang tercicir tu. Kita mudahkan hidup orang, Tuhan insyaAllah mudahkan hidup kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 24 April 2023

Daripada Sepasang Suami Isteri, Lahirnya Generasi Demi Generasi.

 





Gambar ni dirakam pada 23 April 2023 bersamaan hari kedua raya tahun 2023.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menjayakan program rumah terbuka arwah Hj Ludin dan Hjh Zainap. Kepada semua yang menghulurkan bantuan kewangan dan tenaga didoakan dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Ameen Ya Rabbal Aalameen


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 17 March 2023

RAMADAN - HARAPAN BAGI SANTAI HIDUP HADIR MENJELMA

 
Sejak tahun 2 ribuan yang belasan.. 2018, 2019 hingga kini, rasanya beban kerja makin bertambah dan tak pernah nak surut. Ada saja perkara yang SENTIASA perlu diurus, diselenggara dan dibangunkan di pejabat tu. Lima tahun kebelakangan ni rasanya ibarat nak muntah dengan segala tugasan dan kerja yang perlu dipikul. Bukanlah nak merungut tapi menulis di sini lebih kepada terapi mungkin untuk mengurangkan sikit tekanan di bahu dan kepala.

Menulis di diari nampaknya tak beberapa efektif dan sukar untuk dirujuk bagi dibaca semula. Jadi saat ni saya ingin jadikan ruang blog saya yang telah lama sepi ni untuk saya mencurahkan isi hati bagi tatapan semula diri dan simpanan memori.


Kurang seminggu lagi Ramadan 1444H bakal menjelma. Saat ini kami adik beradik dan mak sedang juga diuji oleh Yang Maha Kuasa dimana adik di bawah saya senang dirawat disebabkan ada jangkitan di salur pernafasannya. Telah beberapa hari di hospital besar dan direhatkan untuk bengkaknya sembuh bagi dibuat susulan pemeriksanaan dan rawatan lanjut. Mudah-mudahan ujian ini memberikan hikmah yang besar buat kami disamping menjadi penghapus dosa. Apapun sebagai hamba, kami perlu bertawakkal dan berharap belas kasih daripadaNya. Sekiranya ada sahabat yang membaca, harapnya adpat mendoakan sekali akan kesembuhan segera adik saya, Abd Rahman Bin Mohd Tajudin.

Ramadan yang dekat ini, diharap menjadi "pereda" yang meredakan situasi hidup kita semua. Denyut gelombang dan riak rentak dunia yang semakin pantas ni seolah-olah tidak terkejar oleh kita. Moga ibadah puasa yang akan dilalui tak lama lagi ni memberikan peluang untuk SANTAI HIDUP, HADIR MENJELMA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 23 October 2022

Wibawa Pemimpin Yang Mengubah Suasana

Untuk Malaysia selepas PRU15 nanti, saya fikir rakyat mahukan semua ciri YB dan pemimpin yang seperti dalam senarai di bawah. Kalau dapat 100% semua ciri ni Alhamdulillah. Kalau tak dapat semua, ada 70% ciri ni pun OK lagi. Rasanya kita masih tidak ketandusan pemimpin sebegini. Mereka memang ada dan sangat terserah kepada kebijaksanaan pengundi untuk memilih, atas penilaian yang betul-betul bernas dengan minda yang keluar dari kepompong.

Santun.
Akhlak terpuji.
Karakter magnet.
Hujahnya bernas.
Visi pandangannya jauh.
Prinsipnya teguh dan jelas.
Ideanya sentiasa bercambah.
Pendekatannya nampak segar.
Motivasi dan energinya tinggi.
Misi penambahbaikan berterusan. 
Standard nilai dan kualiti diri tinggi.
Pasukannya berpadu dengan kompas sama.

Niat membina bangsa berdaya maju.
Niat membina bangsa yang peka.
Niat membina bangsa membaca.
Niat membina bangsa berfikir.
Niat membina bangsa berpadu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...