Semalam kita masuk ke tahun 2026. Macam-macam sambutan diadakan untuk ambang tahun baharu. Di KL memang meriahlah dengan bunga api dan crowd yang ramai sementara menunggu detik 12 tengah malam. Macam-macam program di luar outdoor sana, melibatkan kehadiran segala rupa manusia dan lapis masyarakat. Baik rakyat tempatan, juga orang-orang asing dan pelancong.
Hari ni meriah dah pun gambar situasi di lokasi sambutan ambang tahun baharu 2026 yang penuh dengan tinggalan sampah sarap. Saban tahun, perkara sama inilah yang masih berlaku. Dari situ pun kita tahu tahap mana mentaliti dan sikap orang yang ramai-ramai hadir tu.
Cumanya saya nak bincangkan satu lagi aspek yang mungkin boleh kita semua fikirkan bersama iaitu berkaitan mentaliti turun beramai-ramai tu. Bagi saya, kita sebagai orang yang dah berada pada tahap kemajuan dan tamadun tinggi ni, mungkin boleh diletakkan di minda tidak perlu sangat untuk kita beramai-ramai keluar untuk turut sama dalam sambutan hujung tahun begitu terutamanya yang berkeluarga dan golongan wanita.
Nampak di feed, ada video suasana detik 12 tengah malam yang beramai-ramai, bersesak-sesak dan berhimpit sampai macam nak putus nyawa. Saya rasa tak sepatutnya kita, lebih-lebih para wanita muslim Melayu khususnya pergi ke situasi sebegitu. Suka saya nak mencadangkan, untuk anda (wanita), hindarilah situasi sesak sebegitu. Kenapa perlu merisikokan kehormatan dan keselamatan diri sekadar untuk memeriahkan peristiwa yang hanya untuk seronok-seronok je tu. Sambut saja kemeriahan tu di rumah atau tempat-tempat yang lebih tenang. Anda nampak lebih bijak dan sopan. Fikirkan.

No comments:
Post a Comment
Komen Anda