Sunday, 8 March 2026

Langkah Persediaan Bencana


Situasi dunia makin hari makin tak menentu, ketenangan geopolitic di beberapa wilayah panas sentiasa dalam bahang risiko ancaman kepada perang baik dalam sekala kecil dan sederhana. Terkini krisis yang berlaku di Iran dan Israel melibatkan Amerika Syarikat juga menimbulkan keresahan global. 

Walaupun Malaysia jauh dari segi kedudukan geografi dengan negara yang sedang bertelagah, kesan-kesan dan impaknya mungkin akan dirasai. Impak paling besar dan pertama yang akan muncul pastinya adalah kesan ekonomi. Ia berkait kesan kenaikan harga barang dan bekalan sumber bahan mentah. 

Tanpa perlu kita ulas lanjut, hal ekonomi ni, suka saya kongsikan perkara yang dekat dengan kehidupan kita, terutama bila krisis dunia berada pada tahap meruncing. Meruncing sehinggakan aktiviti seharian terjejas dan keperluan asas terganggu seperti bekalan makanan dan survival kehidupan. 

Berikut adalah perkara paling asas yang boleh kita sediakan dari awal dan sekarang. Simpan stok barang penting yang antaranya

1. Beras, mi segera, makanan dalam tini

2. Air minuman

3. Ubat asas (demam, sakit kepala, gastrik)

4. Lampu suluh dan bateri

5. Power bank

Tujuan utamanya tak lain dan tak bukan adalah agar jika berlaku gangguan bekalan atau panik membeli, keluarga masih ada bekalan makanan untuk satu tempoh tertentu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails