Thursday, 31 August 2023
Sunday, 25 June 2023
Sangat Bagus Bila Masjid Anjur Kursus Sebegini
Semalam berkesempatan ke masjid untuk hadir ikuti Kursus Menyembelih dan Melapah (Teori & Amali) Lembu dan Kambing. Pergi bersama my hero.
Alhamdulilllah, orang bujang sorang ni sudi pergi sama. Dapatlah dia sikit pengalaman secara tak langsung melihat proses daripada awal hingga daging sedia untuk dimasak. Bermula daripada teknik untuk menumbangkan lembu sampai siap daging boleh di lapah dan dikerat.
Secara mudahnya berikut aturan kerja-kerja sembelihan ni:
1. Merebahkan lembu - ada 2 cara;
2. Membaringkan rusuk kiri lembu ke tanah (sunat arah kiblat);
3. Mengikat semua kaki - ikat yang cukup danmudah dibuka kembali;
4. Sedia untuk sembelih leher - pastikan pisau tajam dan guna cara pegang pisau yang lebih kuat untuk tangan;
5. Sembelih dan pastikan putus empat urat ni - urat nafas (1), urat darah (2) dan urat makanan (1);
6. Biarkan darah lancar terpancut keluar dan longgarkan ikatan;
7. Apabila telah tiada nyama - boleh mulakan proses buang kulit (skinning);
8. Sebelum tu, pisahkan dulu kepala daripada badan - ada tekniknya;
9. Buat potongan stoking di setiap kaki dan proses pisahkan kulit dengan daging dengan pisau. Tarik kuat kulit keluar dan lalukan mata pisau disebelah luar kulit.
10. Habiskan skinning di satu sisi badan dan pusingkan badan lembu ke sebelah yang lain untuk selesaikan skinning.
11. Sampai step ni, saya dah mula hilang fokus...hehehe.. sebab perut tengah lapar.. kena pergi ambil air kopi dan peekena mee goreng di perkarangan masjid.
12. Bahagian seterusnya ni paling kritikal kera di sini kita akan kendalikan organ-oran seperi hempedu, usus, perut, alat kelamin, tempat najis dan lain-lain - tekniknya agak rumit tapi boleh dipelajari dan dilatih. Perlu berhati-hati agar perut tidak pecah/meletup. Juga hempedunya.
Cara menguruskan bahagian perut pun ada cara-caranya. Secara ringkas - basuh dan alirkan dengan air yang banyak. Gunakan pair air dan masukkan ke salur usus - mana yang pecah potong saja - Saya miss part menggunakan kapur semasa nak bersihkan perut.
13. Bahagikan badan lembu kepada dua bahagian (depan dan belakang) - ada tekniknya;
14. Untuk separuh bahagian tu perlu dipisahkan kaki pertama dengan potong daging bagi pisahkannya dengan rusuk - selak daging - pisau rapatkan ke rusuk - potong hingga terpisah kaki pertama. Ulangi sampai kaki terakhir;
15. Angkat dan bawa setiap kaki ke tempat lapah/gantung daging - berat tu dan sila gunakan kereta sorong/troli. Kumpulan pekerja melapah/memotong akan sambung memotong daging ke bahagian-bahagian lebih kecil;
Alhamdulillah, sekian seringkas catatan memori yang ada untuk panduan dan kenangan bersama.
Bila buat kerja degnan teknik yang betul, semuanya jadi mudah. Kena cuba juga secara praktikal untuk rasai sendiri apa yang nampak mudah tu :)
Thursday, 4 May 2023
Saya Mencadangkan..
Bila ada bakul atau tempat khas untuk barang-barang tercicir ni mudahlah sikit jika pemilik asalnya nak pergi mencari balik barang mereka yang tercicir tu. Kita mudahkan hidup orang, Tuhan insyaAllah mudahkan hidup kita.
Monday, 24 April 2023
Daripada Sepasang Suami Isteri, Lahirnya Generasi Demi Generasi.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menjayakan program rumah terbuka arwah Hj Ludin dan Hjh Zainap. Kepada semua yang menghulurkan bantuan kewangan dan tenaga didoakan dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Ameen Ya Rabbal Aalameen
Friday, 17 March 2023
RAMADAN - HARAPAN BAGI SANTAI HIDUP HADIR MENJELMA
Sejak tahun 2 ribuan yang belasan.. 2018, 2019 hingga kini, rasanya beban kerja makin bertambah dan tak pernah nak surut. Ada saja perkara yang SENTIASA perlu diurus, diselenggara dan dibangunkan di pejabat tu. Lima tahun kebelakangan ni rasanya ibarat nak muntah dengan segala tugasan dan kerja yang perlu dipikul. Bukanlah nak merungut tapi menulis di sini lebih kepada terapi mungkin untuk mengurangkan sikit tekanan di bahu dan kepala.
Menulis di diari nampaknya tak beberapa efektif dan sukar untuk dirujuk bagi dibaca semula. Jadi saat ni saya ingin jadikan ruang blog saya yang telah lama sepi ni untuk saya mencurahkan isi hati bagi tatapan semula diri dan simpanan memori.
Kurang seminggu lagi Ramadan 1444H bakal menjelma. Saat ini kami adik beradik dan mak sedang juga diuji oleh Yang Maha Kuasa dimana adik di bawah saya senang dirawat disebabkan ada jangkitan di salur pernafasannya. Telah beberapa hari di hospital besar dan direhatkan untuk bengkaknya sembuh bagi dibuat susulan pemeriksanaan dan rawatan lanjut. Mudah-mudahan ujian ini memberikan hikmah yang besar buat kami disamping menjadi penghapus dosa. Apapun sebagai hamba, kami perlu bertawakkal dan berharap belas kasih daripadaNya. Sekiranya ada sahabat yang membaca, harapnya adpat mendoakan sekali akan kesembuhan segera adik saya, Abd Rahman Bin Mohd Tajudin.
Ramadan yang dekat ini, diharap menjadi "pereda" yang meredakan situasi hidup kita semua. Denyut gelombang dan riak rentak dunia yang semakin pantas ni seolah-olah tidak terkejar oleh kita. Moga ibadah puasa yang akan dilalui tak lama lagi ni memberikan peluang untuk SANTAI HIDUP, HADIR MENJELMA.
Sunday, 23 October 2022
Wibawa Pemimpin Yang Mengubah Suasana
Untuk Malaysia selepas PRU15 nanti, saya fikir rakyat mahukan semua ciri YB dan pemimpin yang seperti dalam senarai di bawah. Kalau dapat 100% semua ciri ni Alhamdulillah. Kalau tak dapat semua, ada 70% ciri ni pun OK lagi. Rasanya kita masih tidak ketandusan pemimpin sebegini. Mereka memang ada dan sangat terserah kepada kebijaksanaan pengundi untuk memilih, atas penilaian yang betul-betul bernas dengan minda yang keluar dari kepompong.
Santun.
Akhlak terpuji.
Karakter magnet.
Hujahnya bernas.
Visi pandangannya jauh.
Prinsipnya teguh dan jelas.
Ideanya sentiasa bercambah.
Pendekatannya nampak segar.
Motivasi dan energinya tinggi.
Misi penambahbaikan berterusan.
Standard nilai dan kualiti diri tinggi.
Pasukannya berpadu dengan kompas sama.
Niat membina bangsa berdaya maju.
Niat membina bangsa yang peka.
Niat membina bangsa membaca.
Niat membina bangsa berfikir.
Niat membina bangsa berpadu.
Saturday, 24 September 2022
Impian Baharu Nak Jadi Penulis Swaterbit

Saturday, 20 August 2022
Kemakmuran Malaysia di Tangan Kita
Kemakmuran negara ada di tangan kita. Jadikan anda rakyat berminda kelas satu!
Sunday, 14 August 2022
Kita Memang Pengotor
Petang ni melintas posting page Sinar Harian keadaan lokasi bila selesai satu acara di Kompleks Gong Badak baru-baru ni. Saya bukanlah nak "giveup" dalam hal ni, tapi rasa penuh yakin mentaliti dan sikap sesetengah penduduk Malaysia (tak kiralah sama ada B40, M40, T20 ataupun warga asing) dalam hal sampah merata ni akan berterusan sampai bila-bila selagi:
1. Dalam jiwa kita tiada rasa sayang pada bumi Malaysia kita huni dan pijak ni;
2. Tiada champion baik tokoh atau pemimpin yang meletakkan kesedaran sivik dalam minda sekalian penduduk;
3. Tiada undang-undang dan penguatkuasaan yang macam di Singapura sana;
4. Kita dah lali dengan hidup bersama pemandangan bersampah;
5. Kita tak bersama berimpian untuk Malaysia bersih setanding Jepun;
6. Hati kita yang pun mungkin tak beberapa nak bersih..
Golongan pendosa sampah ni sah masih sangat ramai..
📸 : Foto Bernama
Sunday, 24 July 2022
Pengalaman Pertama Kursus Pengurusan Jenazah
Sedikit pengetahuan yang sempat saya kutip untuk pedoman kita menghadapi situasi kematian ahli keluarga terdekat:
1. Apabila ada saudara atau kenalan kita yang sedang tenat, bacakan dengannya Surah Ar Ra'd (Juzuk 13);
2. Apabila ziarah oarang yang telah meninggal dunia, bacakan dengannya Surah Yaasin;
3. Antara tanda sesorang yang sedang tenat hampir masanya hendak meninggal dunia ialah apabila dia berbaring, keseluruhan tubuhnya telah jatuh rapat ke bumi. Tiada ruang pun untuk kita masukkan jari telunjuk di bawah tubuhnya;
4. Buat waris-waris perbanyakkan zikir "Rabbi Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair";
5. Bahagian tubuh yang akan mati dahulu bermula daripada kaki membawa ke kepala;
6. Di rumah kita eloknya ada satu katil bujang yang tingginya aras lutut. Katil itulah boleh dijadikan pembaringan untuk mayat/jenazah. Kita perlu terus hormat pada mayat tu, elakkan meletak rendah tubuh mayat/jenazah di atas lantai. Baringkan juga orang yang sedang sakit kuat/tenat ke arah kiblat;
- Ikat dagunya ke kepala agar mulut tidak terbuka;
- Ikat kedua-dua tangannya agar berkeadaan seperti tengah solat tangan di atas perut;
- Ikat dibetis agar rapat kaki;
- Ikat kedua-dua ibu jari kaki.
Dan sebenarnya kursus ni lebih kepada latihan amali dan praktikal sebab banyak melibatkan perbuatan dan gerak tindak kita menguruskan mayat atau jenazah tu. Praktikal ini tidak dapat saya gambarkan dalam posting ni, tapi saya percaya kita boleh mendapat maklumat tersebut daripada rujukan-rujukan lain yang ada seperti nota risalah, buku panduan, video kursus, ceramah para Ustaz dan Ustazah, Youtube dan sebagainya. Persediaan peralatan juga paling utama diperingkat awalnya seperti kapas, putik kapas, sabun, air daun bidara, air mawar, kapur barus, serbuk cendana, minyak attar, sarung tangan, apron, gunting, kain putih, tali sebanyak 5 utas dan beberapa lagi perkara tambahan mengikut tempat mayat diuruskan.
Nota Pengetahuan Tambahan:
- Sebelum dimandikan kita panggil "mayat".
- Setelah dimandikan kita panggil "jenazah".
- Wanita uzur jangan hampiri mayat (kerana ramai malaikat yang sedang berada di sisi mayat).
- Paling afdal mandikan mayat di rumah.
Buat teman-teman tak kiralah siapa pun kita, belajarlah perkara ni ia fardhu kifayah yang sangat perlu untuk kita ambil tahu. Moga teman-teman yang membaca boleh sedekahkan Al-Fatihah kepada awrah ayah saya yang telah pergi menemui Allah SWT pada 15 Jun 2021. Moga rohnya ditempat bersama para solihin dan aman sentiasa di alam sana.
Saturday, 16 July 2022
PRU15 - Elok Dah Berikan Golongan Muda Pula Memacu Malaysia
Cabaran dan kehendak dunia masa kini..
Siapa yang lebih faham?
Siapa yang lebih nampak?
Siapa yang lebih mendengar?
Siapa yang lebih tersentuh cabaran semasa?
Siapa yang lebih idea mahu nak menambahbaik?
Jawapan kepada lima soalan di atas adakah "YA" kepada ahli politik yang senior (lama) atau ahli politik orang muda? Bagi saya (orang usia pertengah) pasti orang muda belia jauh lebih sesuai.
Sebelum ni dan sekarang pun tak ramai rakyat yang sibuk nak mengambil berat dengan cerita politik dalam negara. Istilah "kelesuan politik" tu sememang dah lama melesukan rakyat. Sebagai orang awam dan pekerja yang menjalanani hidup yang ada, kita berterusan laksanakan apa jua peranan dan tanggungjawab demi meneruskan kesinambungan hidup. Untuk kita berjiwa lebih besar dan berharapan besar mahu melihat Malaysia maju seperti yang sepatutnya telah dilambatkan momentumnya bila asyik dihambat dan diheret dek kemelut situasi politik negara yang semakin banyak tanda-tanda tanyanya.
Bila dunia terpukul dengan Covid19, barulah benar-benar kita tersentak dan terasa betul apa cabaran besar dunia yang sedang mendatang. Sebagai orang biasa kita didatangi pelbagai cabaran dari segenap arah. Selain kestabilan politik, kita berterusan perlu bergelut dalam mengimpikan kemakmuran ekonomi, kemajuan taraf hidup, jaminan keselamatan, kualiti kesihatan dan harapan kemakmuran generasi seterusnya dan sebagainya lagi. Ditambah dengan situasi kisah-kisah pengamal politik yang serba tak tentu dan mengeliru, kita sebagai orang marhain ni pun dah tak faham sangat dah apa game orang-orang politik ni.
Straight to the pointlah.. Bagi saya dah sampai masanya kita patut beri peluang untuk Malaysia ni dipimpin oleh muka-muka baharu yakni kumpulan generasi muda yang lebih faham keperluan Malaysia. Kita belum ketandusan bakat-bakat muda dan mereka dah ada pun di depan kita. Ayuh Malaysia, kita berikan kepercayaan kepada mereka. Minda dan fikiran mereka yang muda ni pastinya lebih jernih!
PRU ni kita nak lihat sangat tak kiralah mana-mana parti pun biarlah calon tu muda dan belia orangnya. Kalau kita ada komputer selepas 5 tahun kita akan ada apa yang dipanggil "IT Refresh". Begitu jugalah pimpinan negara. Itulah harapan Malaysia!
Wednesday, 29 June 2022
Calon Yang Patut Kita Pangkah Masa Pilihanraya
Monday, 18 April 2022
Usaha Kecil Pun Boleh Sumbang Kurangkan Pemanasan Global
Kita orang-orang biasa yang hidup zaman ni biasanya ada akaun emel. Emel rasmi dimana kita bekerja, emel yang didaftar masa belajar ataupun emel peribadi yang biasanya kita wujudkan lebih awal lagi. Sekarang ni emel boleh dikatakan sama pentingnya dengan alamat rumah. Setiap transaksi dalam hidup ni biasanya alamat emel turut diperlukan untuk melengkapkan butiran diri selain nama penuh, nombor telefon dan lain-lain.
Sebagai pengguna emel yang dah bertahun-tahun menggunakan satu-satu akaun emel tu pasti dalam inbox kita sentiasa terima emel-emel daripada pelbagai pihak. Dengan kesibukan hal kehidupan kita sehari-hari, selalunya kita tak sempat untuk buat housekeeping emel-emel yang ada dalam inbox. Ia boleh jadi emel-emel lama, emel-emel spam atau emel-emel yang kita abaikan dari membacanya selepas sekian lama.
Tahu tak dengan keberadaan emel-emel yang berada sekian lama ini memerlukan ruang (storage) di server. Tidak kita apa jenis emel pun, semua emel tersebut disimpan dalam ruang simpanan data (cloud storage) yang menggunakan sumber kuasa elektrik untuk memastikan data emel tersebut kekal dan sedia dicapai di situ. Penggunaan storage tu sebenarnya menyumbang kepada penggunaan kuasa elektrik yang mengakibatkan kepada pemanasan global yang sedang dunia alami masa ni. Bayangkan kita sebagai individu saja mungkin ada beratus emel terbiar begitu saja. Kalau ada seribu pengguna emel? sejuta? berbilian pengguna? Tidakkah betapa luar biasa jumlah emel-emel tu yang duduk diam di server.
Jom, kita gerakkan usaha kecil kita, sentiasa buat housekeeping dalam inbox emel kita masing-masing. Bagi turun dan stabil sikit suhu dunia ni. Mungkin akan ada yang fikir payahlah nak delete dan cari emel-emel lama tu. Saya share tiga tips untuk nak memudahkan dan mengurangkan inbox kita dengan emel-emel lama dan emel-emel yang tak perlu:
1. Gunakan fungsi search dalam inbox emel, pilih address pengirim dalam emel yang memang kita nak delete terus, tekan search dan delete all. Sekali gus delete semua senang.
2. Unsubscribe emel-emel yang memang kita dah tak perlu pun. Dulu mungkin kita rasa nak terima emel-emel tu, tapi bila dah berlalunya masa, kita mungkin dah tak perlu nak terima semua maklumat yang ada. Sebab priority kita mungkin dah lain ketika ni.
3. Jadikan satu habit untuk kita buat housekeeping.. setiap kali buka emel, cari dan pilih lima emel lama dan buang.
Moga ada manfaat.
Saturday, 19 March 2022
Memulaukan Diri
Sunday, 9 January 2022
Selamat Tahun Baharu 2022 - Teruskan Repair Diri
Antara aspek berkait dengan diri yang harus kita repair untuk tahun 2022 yang baru menjelma ni pastikan terhadap aspek kewangan diri. Saya share sedikit info yang masuk dalam group wassup. Ini dia nisbah kewangan yang baik untuk sama-sama kita boleh beramal:40% - Keperluan rumah diri sendiri dan keluarga;30% - Hutang piutang, rumah, kereta dan pinjaman peribadi;10% - Simpanan jangka pendek maksima 12 bulan income juga sebagai kecemasan dan perbelanjaan luar jangka;10% - Perlindungan pendapatan dan medical takaful atau insurans;10% - Simpanan jangka panjang 5 tahun ke atas / pelaburan / investment bulanan;Pendek kata 70% wang keluar 30% wang masuk (70 : 30).✅ Akhirnya jangan lupa 2.5% pendapatan kita mesti dizakat✅ Seumur hidup, ikut sunnah Nabi Haji sekali dan Umrah 4 kali✅ Setiap masa berjuang Islam dengan Dakwah, Siasah dan Tarbiyyah
Sunday, 14 November 2021
Leader Pun Kena Faham Ni..
Sebagai leader anda pun kena tahu tiga prinsip ni:
1. We can't change people;
2. Orang lain tak sama macam kita;
3. Bukan semestinya kita yang paling pandai. Pasti ada dalam kalangan orang lain atau mungkin dalam team kita tu sendiri, mereka lebih pandai.
Wednesday, 7 July 2021
ORENTASI DUIT vs ORENTASI MANUSIA
Saya share sikit fakta ringkas ATOMY versus perniagaan lain.
Bisnes dan perniagaan lain kebanyakkannya, menjual produk
dan bila pelanggan dah beli, pelanggan balik dan berlalu pergi. Next time ulang
beli dan itu sajalah. Bisnes begitu berorentasikan "duit".
Manakala Atomy pula, bisnes yang berorentasikan
"kemanusiaan". Bila ahli (pengguna) membeli, Atomy nak pengguna stay
duduk bersama Atomy dan bina sukses bersamanya. Ada rasa pemilikan bersama
dalam platform Atomy ni sendiri. Atomy mahu semua orang sukses. Sangat luar
biasakan model bisnes begini?
Atomy sangat CARE dengan kita. Duit untung jatuh nombor 2.
#AbsoluteQuality
#AbsolutePrice
Friday, 14 May 2021
RAHSIA KELUARGA SELAMAT DI AKHIR ZAMAN
Tajuknya : RAHSIA KELUARGA SELAMAT DI AKHIR ZAMAN
Dapatkannya di link bawah:
#StaySafe
Saturday, 9 January 2021
ISTERI LEBIH BERKEPERLUAN DALAM ATOMY
Malam semalam masa tengah khusyuk dengar kelas teknikal Atomy bersama DTA & tuan King, tiba-tiba ada sahabat telefon. Dia bertanyakan tentang Atomy. Dia sudah pun saya masukkan sebagai ahli tapi belum benar-benar faham lagi konsep dan cara operasi bisnes ni. Jadi saya jelaskan satu per satu. Dalam masa sama beliau pun mengemukakan hujahnya untuk mengatakan Atomy ni sama saja dengan bisnes MLM atau networking yang lain.
Pesan DTA & tuan King, kalau ada orang ajak berhujah sampai sejam, kita abaikan mereka. Saya buat pertimbangan sendiri, nak tengok apa sebenarnya yang dia faham dan apa yang dia belum faham. Pom.. pam.. pom.. pam.. pom pam.. hampir setengah jam dah berlalu.
Sahabat ni memang suka berborak orangnya. Kalau sekali dia call tu memang macam-macam celotehnya dan paling saya kagum setiap kali berbual pasti ada idea besar yang dia nak buat. Kali ni dia nak buat macam apa yang Atomy buat. Wow! Itu luar biasa!
Saya katakan, alangkah baiknya benda luar biasa yang dah ada depan mata ni kita pegang dulu. Kenapa kita nak susahkan diri pecah kepala, langggar dinding yang ada kat keliling untuk jadi
Pom.. pam.. pom.. pam.. pom.. pam.. lagi.. Saya share pada beliau, sistem networking Atomy ni berbeza dengan sistem bisnes yang lain dengan kita membina kejayaan dengan berjemaah dan adil. Produk yang ada pun adalah keperluan di rumah dan diri yang memang kita pakai pun sampai bila-bila. Daripada mengkayakan taukeh baik kita mengkayakan Atomy dan kita sendiri.
Seminit dua lepas perbualan tu beliau whatsapp saya:-
Nampak tak tuan puan, patutlah ada orang cakap bisnes Atomy ni sebaiknya orang perempuan mendaftar join. Nama suami, kita kemaskini dalam sistem sebagai pasangan saja. Para suami biasanya perlukan hair tonic saja.
Saturday, 5 December 2020
Bisnes Atomy Berbeza
Produk Atomy tidak dijual secara fizikal di mana-mana pun. Ia juga tiada dalam iklan majalah. Pada billboard di tepian highway pun tiada. Juga tiada model Korea yang dilantik untuk peragakan produknya. Atomy pun tak buat sampel atau tester untuk produk. Nampak tak Atomy tak buang duit untuk marketing pun. Atomy tak mahu pengguna turut terbeban menanggung semua kos marketing di atas. Sebab tu produknya Absolute Quality Absolute Price.
Sunday, 22 November 2020
Boleh jadi macam-macam sebab nanti kita shopping kat sini. Sebab ia harga patut, kualiti terunggul, dipersijilkan halal, ada penerangan terperinci barang dan banyak sebab lagi. Buat sahabat yang dah ada ID, kalau boleh tetapkan sebab kita shopping kat sini untuk tiga perkara ni dulu:-
1. Barang tu memang kita pakai guna.
2. Kumpul point atas setiap barang dibeli. Setiap barang ada point tersendiri dan point ni terkumpul seumur hidup.
3. Nak sesuaikan diri dengan amalan pengguna bijak era corona ni iaitu membeli secara online, bayar secara digital dan biasakan diri dengan laman webnya.
Sekarang adalah masanya dunia sedang berubah. Kita perlu letakkan diri, keluarga dan sahabat-sahabat kita dalam keadaan yang lebih baik dari sekarang. Secepat mana kita mendapat ID tu, seawal itulah kita sudah meletakkan diri dalam rangkaian ahli berdaftar dalam kerangka perniagaannya yang pesat berkembang, unik dan stabil. Barangan berasaskan keperluan harian pengguna yang Absolute Quality & Absolute Price serta pengagihan untung yang sangat adil menjadikan Atomy satu model bisnes yang luar biasa. Kita yang dah ada ID menjalankan prosesnya saja iaitu guna barangan dan kongsikan pengalaman. HARAM kita menjual pun di Atomy. Atomy tidak perlu kenal pun kita siapa, asalkan berumur lebih 18 tahun, kita semua ada potensi untuk cipta kualiti hidup kita yang baharu. Cukup sekadar ni dulu. Sesiapa yang sudah membaca post ni hingga ayat ni, harus untuk saya mengatomikan anda 😜 Saya akhirkan post ni dengan meminjam hashtag leader nombor 1 saya (DTA) kat bawah ni 😀
#kayaberjemaahitubarakah
Saturday, 14 November 2020
Bisnes Atomy Sesuai Untuk Sesiapa Saja











.jpeg)








