Assalamualaikum tuan puan yang amat saya muliakan.
Terima kasih kerana meluangkan masa menjenguk ke blog ini. Moga sedikit sebanyak apa jua yang saya telah dan akan kongsikan ini boleh memberikan manfaat kepada anda dan saya sendiri. Saya memulakan penulisan blog ini pada tahun lepas dan bersyukur dapat terus mencuri masa menulis dan menukilkan apa sahaja yang terlintas di fikiran untuk dikongsikan bersama.
Hijrah bermaksud berpindah daripada keadaaan sekarang kepada satu keadaaan lain yang lebih baik. Untuk berhijrah dan memperbaiki diri bukanlah boleh dilakukan serta merta dan spontan. Yang penting penambahbaikan dilakukan berterusan. Sedikit-sedikit dan tak perlu terburu-buru. Ambil masa mempelajari dan mengamalkan sesuatu perkara baik setiap hari. Gali dan cari ilmu yang memang sedia ada di dalam dunia ini. Kita sebenarnya yang berkuasa untuk memilih untuk berhijrah ataupun tidak. Hijrah juga bermaksud bergerak daripada satu titik kepada titik lain yang lebih baik. Jika tidak bergerak sememang kita telah mati. Jadi gerakkan fikiran dan hati kita untuk berhijrah ke arah kebaikan. Lupakan segala unsur negatif yang ada. Terus je hadapan. Hijrah dengan penuh kesungguhan insyaAllah menjanjikan keuntungan akhirnya juga kepada kita.
Awal Muharram bagi tahun 1432Hijrah akan disambut pada 7 Disember (Selasa) nanti. Sedikit tips daripada seorang penceramah untuk panduan kita melalui peralihan tahun Hijrah ini :
1. Membaca doa akhir dan awal tahun hijrah. Kedua-duanya dibacakan sebanyak 7 kali. Doa akhir tahun 1421H dibaca selepas Asar sementara doa awal tahun 1432H dibaca selepas Maghrib.
2. Mendirikan solat malam (qiammulail) - Lakukan solat Sunat Taubat, solat Sunat Hajat dan solat Sunat Tahajjud.
3. Selepas solat Subuh pada 1 Muharram, bacalah ayat Kusri 300 kali.
4. Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram.
5. Bersedekah terutamanya kepada anak-anak yatim.
Moga kita diberi kekuatan untuk mengamalkannya. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Komen Anda