Untuk menerima sesuatu perkara baru, baik untuk mengenali seseorang, produk baru, tugasan baru, tempat baru atau apa jua perkara pun - cuba selami dulu perkara itu dengan lebih mendalam lagi. Tanggapan pertama yang harus muncul terhadap benda itu harus positif. Kesampingkan terus segala fikiran, idea, andaian dan terjahan imej-imej negatif dalam fikiran dan benak hati kita. Kita kadang kala hilang semangat dalam menjalankan kerja. Merasa bosan, hilang tumpuan, malas ataupun kurang keyakinan. Mungkin salah satu puncanya adalah kerana kita tidak faham apa yang perlu kita hadapi mengenai perkara tersebut pada masa kini dan masa hadapan. Kita masih kabur dan teraba-raba di dalam gelap apa yang hendak dicapai dan ke mana hendak dituju.
Jadi... cuba kita selaminya dengan lebih dalam lagi dan kita akan temui semangat baru yang mungkin boleh memakan terus semua rasa dan sikap negatif yang cuba bertakhta tadi. Gunakan prinsip ini pada setiap kali apabila kita merasa bosan dan hilang pedoman. Hanya selami ianya dengan lebih mendalam lagi dan kita akan lebih berminat terhadap perkara tersebut setelah kita menjumpai arah panduan yang betul. Ibarat seperti orang bermain saham.. Yang telah menceburinya memanglah mereka ni gila dan syok memantau turun naik saham mereka, tetapi bagi yang tidak tahu apa-apa mengenai saham, silap-silap perkataan "saham" tu pun dia tidak faham dan tidak boleh nak dihuraikan apa-apa mengenainya.
No comments:
Post a Comment
Komen Anda