Saya tidak pasti samada banci penduduk yang sedang dijalankan kini akan turut mengambil kira penduduk dari kalangan warga asing yang bekerja di Malaysia seperti warga Myanmar, Indonesia, Bangladesh, Nepal dan lain-lain. Saya rasa, amatlah menjadi keinginan kita semua rakyat jelata untuk mengetahui berapakah jumlah dan peratusan yang tepat jumlah mereka dan warga kita sendiri yang sedang berada di negara ini. Terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan utama. Lebih baik lagi outputnya kita boleh lihat dan dianalisa dalam betuk graf ataupun taburan peta yang secara visualnya terus boleh memberikan makna dan erti di mana tumpuan mereka ini berada. Rasanya tidak mustahil untuk sesuatu lokasi itu telah dimonopoli kedudukannya oleh warga asing berbanding warganegara sendiri. Semoga dengan terkemaskininya data dan statistik banci penduduk terbaru ini, kita akan sedar dan lebih meneliti dalam cara kita mengagihkan guna tenaga tempatan berbanding sumber tenaga luar yang mungkin boleh merugikan negara dalam bentuk aliran duit keluar negara dan penurunan tahap kemahiran tempatan dalam bidang-bidang tertentu. Harapannya agar pekerja banci juga dapat mengutip data secara telus, jujur, beretika dan penuh amanah bagi memastikan ia akan menjadi asas data yang sebenar untuk digunakan nanti untuk kemajuan dan pembangunan negara di masa depan ;)
Wednesday, 7 July 2010
Banci Penduduk 2010

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen Anda