"Takkan Melayu hilang di dunia". Itu kata yang pernah dilafazkan suatu ketika dahulu oleh Laksamana Hang Tuah. "Melayu mudah lupa" pula pernah dilafazkan oleh Perdana Menteri ke-4. Kini Mufti Perak mengatakan "Melayu hilang kuasa jika UMNO dan PAS tidak bersatu"
Ketiga-tiga lafaz kata berkenaan jika digabungkan akan menyentuh tentang kekuatan dan kelemahan Melayu itu sendiri. Dalam senario Malaysia sekarang bangsa Melayu dilihat semakin berpecah dan semakin lemah. Faktor besar yang dilihat yang sangat menyumbang dalam melemah dan memecahkan kekuatan ini adalah ketaksuban kepada aliran kumpulan politik yang ada.
Bagi saya, apa yang diperhatikan adalah UMNO dan PAS kedua-duanya telah cuba sedaya upaya untuk memperkasakan bangsa Melayu dan Islam itu sendiri. Cuma mungkin entah dimana silapnya kedua-duanya perkara ini seolah-olah masih memerlukan banyak lagi pembelaan oleh kedua-dua parti. UMNO dengan kapasiti sebagai parti pemerintah telah sedaya upaya melakukan yang terbaik. Dalam masa yang sama PAS melihat dan merasakan banyak lagi yang tidak dilakukan dengan cukup baik oleh UMNO. Jadi disini kita dapat melihat masing-masing seolah-olah ada sesuatu yang digenggam tetapi tidak mahu dikongsikan untuk faedah bersama.
Kesanggupan Mufti Perak ini untuk melontarkan kenyataan ini saya rasa amat bersesuaian sekali dengan masanya. Masa yang diharapkan sudah amat cukup untuk kedua-dua puak dan pimpinan berfikir sejenak tentang tanggungjawab mereka terhadap kepentingan dan maruah bangsa Melayu dan agama Islam.
Kesatuan yang ikhlas ini bolehlah diibaratkan seperti obor api yang terang dan gemilang cahayanya. UMNO mungkin sedang memegang 'sumbu' manakala PAS pula mungkin sedang memegang pemetik apinya. Tanpa disatukan sumbu dan pemetik api itu, mungkin tiada langsung untuk peluang kita melihat sinar cahaya penuh kebaikan yang merata dan juga agak sukar untuk menerangi dan menjelasi apa-apa yang sepatutnya di Malaysia yang tercinta ini.
Untuk parti bangsa lain mungkin agaknya mereka telah sekian lama sedia dengan lampu suluh dan baterinya. Hanya perlu menekan punat 'on' sahaja untuk menyalakan cahaya..
Untuk parti bangsa lain mungkin agaknya mereka telah sekian lama sedia dengan lampu suluh dan baterinya. Hanya perlu menekan punat 'on' sahaja untuk menyalakan cahaya..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda