Marilah kita semua rakyat di seluruh Malaysia sedar kepada kempen dan aktivti yang sungguh murni ini. Aktivti dan pendekatan yang saya lihat untuk memberi kesedaran kepada seluruh penduduk BUMI untuk memberikan sedikit rasa dingin kepada BUMI.. Tempat kediaman kita ini. Memberikan juga sedikit kerehatan tenaga yang melingkari permukaannya..
Benda fizikal yang paling besar yang menyentuh diri kita adalah BUMI ini. Dengan perubahan iklim kesan peredaran zaman, aktiviti manusia yang beraneka ragam, penggunaan pelbagai sumber dan tenaga untuk industri dan perjalanan manusia sepanjang masa tentunya BUMI kita ini semakin panas.
EARTH HOUR tentunya bukan sekadar untuk kita sedar realiti yang ditanggung oleh BUMI kita kini, tetapi lebih kepada kita untuk membuat pilihan untuk menyokong dalam menjaga BUMI ini dengan baik. Setelah pilihan tindakan yang lebih baik dibuat tentunya kita boleh mengharapkan kepada hasil yang lebih baik pada keadaan BUMI kita. Hasil yang lebih baik memungkinkan ada peningkatan kepada kelangsungan kehidupan di BUMI yang lebih baik..
Jadi jangan lupa anda dan saya pada malam 27 Mac ini (Sabtu) nanti untuk kita bersama-sama memadamkan lampu walau di mana pun kita berada. Untuk jangkamasa 1 jam sahaja (8.30 hingga 9.30 malam). Lakukanlah sedikit pengorbanan sebagai simbol kecintaan kita kepada BUMI yang penuh berjasa kepada seluruh manusia ini.

No comments:
Post a Comment
Komen Anda