Ketua Polis Negara mengatakan di masa hadapan semua pegawai polis yang berpangkat ASP dan ke bawah akan turut sama menjalankan tugas di luar balai demi meningkatkan lagi keupayaan pasukan Polis dalam menangani masalah jenayah yang ada. Sekarang pun kita sudah melihat rata-rata di kawasan yang "panas" dan sesak telah ada pondok-pondok Polis disediakan. Cuma kadang-kala kita dapati tiada anggota polis di dalamnya. Kita bersangka baik, mungkin di masa itu bukan waktu bertugas agaknya.
Dengan pertambahan anggota polis yang meronda dan menjaga kesejahteraan ini, rakyat dan orang awam yang cintakan keamanan tentunya akan menarik nafas lega dan dengan hati yang sedikit lapang. Bagi penjenayah perubahan corak kerja anggota Polis ini mungkin saya fikir akan mengubah sedikit perlakuan dan teknik mereka melakukan jenayah.
Saya suka membawa para pembaca blog ini ke arah mana sepatutnya anggota Polis perlu kerap meronda. Saya terus fokus kepada kawasan bandar. Ini adalah kerana kekerapan jenayah secara logiknya pun banyak di bandar. Kalau pihak PDRM telah ada sistem GIS (Sistem Maklumat Geografi) yang merekod kadar kejadian jenayah di Malaysia, saya percaya zon dan kawasan yang merah (panas dengan kes jenayah) tentunya di KL, Johor Baharu, Klang, Pulau Pinang dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Di kawasan dan zon inilah harus diletakkan lebih anggota.
Saya suka membawa para pembaca blog ini ke arah mana sepatutnya anggota Polis perlu kerap meronda. Saya terus fokus kepada kawasan bandar. Ini adalah kerana kekerapan jenayah secara logiknya pun banyak di bandar. Kalau pihak PDRM telah ada sistem GIS (Sistem Maklumat Geografi) yang merekod kadar kejadian jenayah di Malaysia, saya percaya zon dan kawasan yang merah (panas dengan kes jenayah) tentunya di KL, Johor Baharu, Klang, Pulau Pinang dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Di kawasan dan zon inilah harus diletakkan lebih anggota.
Kita lihat masyarakat yang menetap di bandar-bandar kebanyakkannya kedua-dua suami dan isteri keluar bekerja. Apabila keluar bekerja aset yang paling besar ditinggalkan iaitu rumah. Rumah kalau ada pembantu rumah mungkin selamat sedikit. Bagi golongan yang "berada" selamat juga sebab ada pengawal keselamatan sendiri. Bagi yang ada komuniti berpagar dan ada pengawal juga boleh diharapkan sedikit jaminan keselematan tetapi bagi yang lain-lain.. kita tidak pasti sejauhmana selamatnya rumah itu apabila ditinggalkan. Bagi saya jenayah yang paling mudah, kurang risiko dan agak berbaloi juga adalah pecah rumah. Jika hendak dibandingkan dengan jenayah ragut, merompak kedai, memukau, merogol, menipu dan membunuh.. jenayah pecah rumah rasanya lebih menguntungkan.. Jadi trend untuk jenayah pecah rumah mungkin semakin meningkat. Buktinya kita dapat lihat dimana-mana pun produk yang berasakan keselamatan seperti CCTV dan penggera (alarm) semakin menjadi keutamaan masyarakat.
Jadi adalah amat bersesuaian sekali untuk anggota Polis yang sudah semakin ramai yang berada di luar balai ini untuk dapat kerap meronda ke lokasi perumahan yang mungkin menyimpan seribu macam kekayaan dan sumber tarikan penjenayah.
Menyentuh sedikit kebajikan anggota-anggota Polis kita, sememangnya wajar untuk kerajaan mengkaji semula kadar elaun dan gaji semasa mereka yang antara tugasnya yang boleh menggadai nyawa dalam memikul amanah menjaga keamanan negara.
Akhirnya sebelum saya meletakkan noktah di hujung sudut ayat ini, jenayah berpunca daripada kesempitan hidup, perasaan marah, dendam, iri hati dan tidak dilupakan juga ialah ruang yang sedia ada.
Pada crown tu ada kalimah Allah dan Rasul.. Di bawa masuk dan keluar tandas bolehkah?
ReplyDelete