Sunday, 10 June 2018

Sivik Orang Kita

Orang Malaysia saya rasa dah semakin bijak, maju dan agak berakhlak juga. Cuma rasanya, ada sikit-sikit lagi beberapa perkara dalam kehidupan Bangsa Malaysia di tempat awam yang boleh diperbaiki. Perkara-perkara ni sebenarnya kecil jer pun, tapi alangkah cantiknya kalau sama-sama kita dapat budayakan. Saya nasihatkan diri dan keluarga juga. 5 diantaranya: 1. Bila dah selesai makan, rajinkan tangan kemas pinggan cawan yang ada di meja. Susun elok-elok dan asingkan sisa lebihan makanan dan tisu dengan teratur. Lapkan dengan tisu jika ada yang tertumpah. Kerusi tu tolak masukkan ke meja elok-elok. Selesalah sikit untuk orang yang nak duduk makan di meja tu selepas tu kalau tak sempat lagi tukang kemas datang kemas meja. Jangan nampakkan meja lepas kita makan tu umpama kesan tinggalan "Perang Dunia Ketiga". 2. Biasakan makan hingga habis dan licin di pinggan. Di tempat negara susah yang lain, ada yang bulur takde apa nak dimakan tau. Masa amik tu, agak-agaklah boleh habis ke tidak. Kalau memang tak habis juga, sebab kenyang contohnya, tapaukan jer!! 3. Kalau kita dah selesai makan, bagi peluang orang lain pulak duduk makan. Toksah duk sibuk berborak sakan lagi bila ada orang lain yang tengah sengsara berdiri menunggu penuh harapan mencari meja kosong. Ini paling kritikal bagi kes semua meja penuh terutamanya masa-masa macam berbuka puasa di R&R. 4. Disiplinkan diri beratur dalam barisan untuk apa jua urusan. Baik untuk memilih makanan, nak bayar di kaunter atau nak basuh tangan sekalipun. Kambing pun pandai beratur dalam barisan. 5.Masa mencuci tangan di sinki basuh tangan, jangan hanya tangan kita jer bersih, tapi pastikan juga sinki tu pun bersih sekali. Bila dah selesai berkumur contohnya, cuba jangan tinggalkan apa-apa butiran nasi, sambal, sayur, tulang ikan atau kulit kerang kat sinki tu 😅 Kalau menghempus hinggus, agak-agak sikit bunyi buang hingus tu sebab manalah tahu, ada Makcik Bawang kat belakang tu yang tengah selera minum cendol. Air paip banyak dan sabun pun dah disediakan. Jirus ler bersih-bersih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 5 June 2018

Relevan atau Tidaknya Kita?





Dengan situasi semasa (pemerintahan Kerajaan baharu) kini, kita dapat lihat banyak dasar dan perubahan yang dilakukan dengan tujuan utamanya untuk memastikan tadbir urus ditambah baik dalam Kerajaan dan Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan. Ada jabatan yang ditutup, ada yang digabungkan untuk dirasionalkan dan diselaras bagi menambahbaik keberkesanan pelaksanaannya dan fungsinya kepada rakyat.

Dalam konteks jabatan atau organisasi, jelas kewujudannya adalah berdasarkan keperluan dan objektif ia ditubuhkan. Selagi operasinya tidak lari daripada objektif penubuhannya ia akan masih kekal relevan. Cuba semak dan fikirkan sejenak apakah sumbangan organisasi kita dengan kewujudannya. Apa yang organisasi kita sumbangkan kepada pelanggan dan negara. Kalau dalam konteks jabatan Kerajaan, apakah sumbangannya kepada ekonomi dan kemakmuran negara? Senangkan nak nilai sama ada relevan lagi tak organisasi kita tu. Ini cara penilaian rakyat marhaen seperti saya. Guna logik dan common sense pun dah cukup untuk buat kita faham apa yang sedang berlaku.

Begitu jugalah sebenarnya untuk keberadaan kita dalam konteks individu. Nak tahu kita ni masih relevan atau tidak dimana tempat kita berkhidmat ialah hanya lihat apa sumbangan yang kita boleh buat di pejabat. Lihat apa yang kita telah beri. Lagi banyak yang kita boleh sumbang menunjukkan kita sangat relevan di tempat tu. Tepuk dada, tanya selera ;)

Moga kita terus releven di mana jua kita berada.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Ramadan





Sekejap saja dah masuk separuh Ramadan, dah hampir dah untuk 10 hari terakhir untuk kita kejar Lailatulqadar. Hanya dalam Ramadan ni saja pahalanya banyak berganda berbanding 11 bulan yang lain. 

Untuk ingatan kepada diri dan pembaca di luar sana, lipat gandakan lagi amalan soleh dalam tempoh yang masih berbaki ni. Perbanyakkan khususnya solat malam, membaca Quran, minta keampunan dan bersedekah. 

Akhir sekali cepat-cepat selesaikan zakat fitrah. Moga kita bangun dan melangkah ke Syawal nanti dengan segala dosa telah diampunkan. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 29 May 2018

Sampah Masyarakat



Satu bukti yang kita sayang negara ni ialah kita menjaga kebersihannya. Rakyat Jepun adalah contoh terbaik warga yang cinta negara.

Suka saya nak cadangkan kepada pihak berkuasa, wujudkan satu mekanisma melapor kejadian buang sampah dijalanan oleh saksi (saksi depan mata seperti viral ni). Yang memperakukan benar-benar nampak salah laku pembuang sampah. Aduan boleh direct melalui Mobile App kepada agensi penguatkuasa atau PBT setempat. Info mandatori aduan hanya perlu no.plate, tarikh, lokasi dan gambar.

Orang sebegini, perlu diberi pengajaran. Dan sebenarnya sangat ramai pun kelompok manusia bertabiat buruk ni dalam masyarakat. Kalau setakat buang tahi hidung, kita boleh maafkan ðŸ˜‰

Dapat juga tambah sikit-sikit hasil Kerajaan ðŸ˜…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 19 May 2018

Khasiat Air




Kenapa kita perlu minum air kosong tanpa ais diantara 6 hingga 8 gelas setiap hari. Ini jawapannya:


1.  Badan kita memerlukan cukup air untuk berfungsi dengan baik dan sempurna. Lebih kurang 60%-70% daripada berat badan kita adalah air. Air melarut dan membersihkan bahan-bahan buangan yang beracun daripada badan. dalam usus besar ia membanntu pembuangan najis.

2.  Air turut berperanan dalam beberapa tindak balas kimia dalam badan kita. Bila badan kekurangan air kita akan merasa letih lesu dan sistem badan tidak berfungsi dengan baik.

3.  Kekurangan air akan memberikan kesan negatif pada kehidupan seksual kita. Ini disebabkan kandungan peluh yang dirembeskan keluar ketika anda melakukan hubungan seks selama 30 minit adalah bersamaan dengan larian sejauh 5 kilometer.

4. Melindungi sendi.

5. Pelembapan kulit dimana ia memperlambatkan proses penuaan.

6. Air juga boleh mencegah penyakit-penyakit tertentu seperti masalah batu karang pada buah pinggang.

7. Membantu mengurangkan selera makan dan mengawal berat badan. Orang yang kurang minum air akan menyimpan lebih banyak lemak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...