Thursday, 13 April 2017
Projek Tahun 2017
Wednesday, 12 April 2017
Kosongkan Gelas Bila Kita Nak Belajar
Guru kita boleh jadi sesiapa sahaja. Bukan semata-mata cikgu yang mengajar di sekolah atau sifu-sifu yang terror-terror yang ramai di luar sana tu, tapi sesiapapun sahaja yang memberitahu apa yang kita belum tahu. Nampak tak tuan yang di tengah-tengah tu. Dialah Mr. Vijay Kumar yang baru-baru ini saya follow kelas dia untuk belajar merekabentuk sistem aplikasi komputer. Yang lain-lain tu siapa lagi kalau bukan rakan-rakan seperguruan. Excited belajar sampai terangkat kaki bila disuruh buat free style :)
Sikit coretan untuk saya share kali ini ialah bila kita pergi belajar, kita kena sediakan bekas untuk menadah ilmu yang nak dicurahkan. Jangan sombong sebab bekas yang dah penuh air takkan dalat simpan air yang dicurah. Rugi dia tumpah balik jatuh ke lantai. Biarpun benar kita pandai sangat, adab bila nak menuntu ilmu, kita sebagai pelajar kena merendahkan diri agar mudah guru mencurahkan ilmunya daripada atas. Benda yang mengalir mestilah daripada aras tinggi turun ke bawahkan? Pernah ke kita tengok air mengalir naik ke atas. Kecuali dipam dengan pam motor..hehe..
Sunday, 5 March 2017
Ubah Skrip Hati
Stress boleh kita atasi dengan ubah perkataan yang ada dalam hati. Kita sebenarnya ada dua skrip pilihan semasa menghadapi sakit.
1. Teruskan risau (mindset salah).
2. Allah sedang merawat kita (kena latih).
Penyakit punca dari syaitan. Dia kalah dengan orang yang ikhlas (ikhlas di sini bermaksud hidup mengikut peraturan Allah) dan cara terbaik menjaga kesihatan ialah belajar Al-Quran.
Thursday, 2 March 2017
Kena Pecah Tradisi
Sesetengah amalan yang biasa kita buat, belum tentu betul dan tepat cara ia dilakukan. Dalam penggunaan Bahasa Malaysia misalnya, banyak perkataan dengan tatabahasa yang tak betul sering digunakan dalam penulisan tetapi tetap diguna, baik dalam urusan rasmi mahupun seharian. Ia perlu diperbetulkan.
Friday, 10 February 2017
Sunnah
Jom amalkan sunnah...
*Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua*
Simple Sunnah Rasulullah SAW
*Simple Sunnah - 1*
1. Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan.
2.Tutup kepala bila masuk tandas.
*Simple Sunnah - 2*
1. Kibaskan tempat tidur.
2. Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3. Kepala menghadap kiblat.
4. Baca doa tidur.
*Simple Sunnah - 3*
1. Minum dgn tangan kanan.
2. Minum duduk.
3. Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.
*Simple Sunnah - 4*
1. Datang awal ke masjid.
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.
*Simple Sunnah - 5*
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk.
3. Masuk tandas tak boleh lama2.
4. Jangan makan & minum dalam tandas.
*Simple Sunnah - 6*
1. Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2. Kemas tempat tidur.
3. Bersihkan diri.
*Simple Sunnah - 7*
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah.
*Simple Sunnah - 8*
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas; Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dgn sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian utk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yg menunjukkan simbolik seorg muslim.
*Simple Sunnah - 9*
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.
*Simple Sunnah - 10*
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dgn kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.
*Simple Sunnah - 11*
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak, perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah (baik utk ibu yg ingin membentuk anak2).
*Simple Sunnah - 12*
1. Basuh tangan sebelum makan.
2. Makan buah dahulu baru makan nasi.
3. Makan secara berjemaah, makan dgn family lagi ramai lagi berkat rezeki tu.
4. Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.
*Simple Sunnah - 13*
1. Memotong kuku pada hari Jumaat.
2. Memperbanyakkn doa antara imam berkhutbah hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik utk sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.
*Simple Sunnah - 14*
1. Makanan sunnah; susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (sunnah 3 jari).
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa Isnin dan Khamis.
*Simple Sunnah - 15*
1. Baca Bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas utk sejukkannya.
4. Jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.
*Simple Sunnah - 16*
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT.
2. Berazam utk terus beristiqamah mempertahankan Islam.
3. Berusaha utk mendaulatkan Islam di setiap peringkat.
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW.
Keluarga sunnah idaman kita...
Semoga bermanfaat.
*Wallahu a'lam...*
Tuesday, 31 January 2017
Hobi Mendatangkan Duit
Begitulah ceritanya nak share bahawa hobi kalau kena caranya dan ada peminatnya ia boleh mendatangkan hasil. Kecil-kecilan pun jualan yang dibuat, kalau maintain begitu selalu, ia pasti menyeronokkan dan tak stress pun. Bila buat kerja yang kita suka, kita susah nak rasa penat.
AMALAN PENUNDA KEMATIAN
Saturday, 28 January 2017
Knowledge Menagement System (KMS)
Khamis baru-baru ni, kami di RISDA melancarkan satu sistem aplikasi yang di namakan KMS RISDA atau dalam istilah Melayunya Sistem Pengurusan Pengetahuan RISDA. Sistem online yang menyediakan platform yang mudah untuk warga RISDA dan Pekebun Kecil mendapatkan
pengetahuan yang mereka ingini.
Sistem ni membolehkan semua bentuk
pengetahuan yang ada pada RISDA dan Pekebun Kecil dikumpul,
disimpan dan dikongsi bagi tujuan khidmat pengembangan
serta peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan di RISDA dan produktiviti
Pekebun Kecil. Dah sampai masanya kita berkongsi apa yang kita tahu. Sebab ilmu yang bermanfaat, ia akan berkembang dan kita membawanya sebagai saham di akhirat sana.
Perkenalkan boss saya yang bertuah orangnya. Pantang ada lucky-draw, mesti dia yang mendapat :)
Sistem ni membolehkan semua bentuk pengetahuan yang ada pada RISDA dan Pekebun Kecil dikumpul, disimpan dan dikongsi bagi tujuan khidmat pengembangan serta peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan di RISDA dan produktiviti Pekebun Kecil. Dah sampai masanya kita berkongsi apa yang kita tahu. Sebab ilmu yang bermanfaat, ia akan berkembang dan kita membawanya sebagai saham di akhirat sana.
Sunday, 15 January 2017
Apa Itu Tong Sampah?
Pagi ni macam biasa, saya cuba mengambil angin di luar rumah. Sambil-sambil menyidai baju di ampaian terlihat saya sebuah kereta lalu di luar kawasan taman rumah. Ia perlahan dan berhenti di tepi jalan. Kemudian terbang satu bungkus beg plastik warna merah melayang masuk dihumban ke kawasan semak. Sampah dialah tu. Rumah dia tiada tong sampah agaknya. Memang ada belukar kecil di hadapan kawasan taman perumahan saya ni. Belum ada projek pembangunan lagi di situ buat masa ni. Tapi pasti situ bukanlah bermaksud ia kawasan buang sampah. Pantang nampak semak tebal sikit orang-orang kita ni.
Ini lah contoh sikap orang-orang kita yang bebal tak tahu nak buang sampah ke tempat yang betul.
Credit picture to http://www.isigood.com
Thursday, 5 January 2017
Baling Batu Ke Laut
Menyampaikan mesej kebaikan adalah umpama kita baling batu ke laut.
Kita sampaikan sahaja apa jua mesej positif kepada semua orang. Mungkin ada yang akan terksesan dengan mesej tersurat atau mesej terseirat yang ada. Kita tak tahu sedalam masa batu itu akan tenggelam. Mungkin ia akan kekal lama di dasarnya dan kita adalah penyebab kebaikan tersebut.
#SahamBaik
.. Credit pic to HijauDedaunan
Tuesday, 27 December 2016
Bila kita malas, kita akan lebih membayar
Setuju tak kalau saya katakan, kalau kita malas, kita akan perlu lebih berbelanja.
Kalau kita malas nak membasuh, kita akan hantar ke dobi - duit
Kalau kita malas nak basuh kereta, kita akan hantar car wash - duit
Kalau kita malas masak, kita kena beli makan di kedai - duit
Kalau kita malas kemas rumah, kena ada pembantu rumah - duit
Kalau kita malas jaga gigi, kena jumpa doktor gigi - duit
Cuba fikir-fikirkan :)
Thursday, 22 December 2016
Santai Disember
Dah lama rasanya tak makan sedap-sedap di tempat yang best dan luar biasa macam di KL Tower ni. Penghujung 2016 ni ada rezeki rupanya makan kat restoran yang berputar di ketinggian lebih 200 meter sambil menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur. Memang seronok dan hilang seketika segala masalah di kepala :)
Tuesday, 1 November 2016
Manual UsahawanRisda.com
Nota dan manual bagi cara mengemaskini laman UsahawanRisda.com akan saya kemaskini dalam sedikit masa lagi. Maaf diatas kelewatan.
Wednesday, 26 October 2016
14 PUNCA KITA MUDAH JATUH MISKIN
+ Tidak Menjaga solat atau solat dengan tidak betul
+ Tidak membersihkan sawang labah-labah di rumah
+ Mengeringkan air di badan dengan pakaian yang di pakai
+ Menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam
+ Keluar dari masjid selepas solat subuh dengan tergesa-gesa
+ Makan dan minum sebelum mandi wajib
+ Isteri SUKA MARAH Suami
+ Suka bertelanjang dalam rumah
+ Tidur dalam keadaan belum menunaikan solat
+ Suka membuat dosa
+ Terlalu banyak tidur
+ Menggunakan sikat yang rosak
+ Suka duduk di muka pintu
+ Membiarkan pinggan mangkuk di waktu malam tidak berbasuh.
Sumber : Perkongsian Kuliah Dhuha Ustaz Fawwaz Mat Jan dengan rujukan dari kitab Ta'alim Muta'alim ......
Sunday, 16 October 2016
Kursus Yang Mengancam
Lama tak join kursus yang betul-betul membuka minda dan memberi impak kepada diri dan kerjaya. Walaupun agak teknikal dengan silibus yang banyak, trainer yang begitu berkemahiran dan luas ilmunya, mudah juga untuk saya menghadam apa yang jua kefahaman dan method yang disampaikan.
Kenangan bersama orang-orang yang luar biasa.. geng ECCouncil ;)
Sunday, 9 October 2016
Kereta Paling Seksi
Saturday, 17 September 2016
Al-Fatihah (Dr Haron Din)
Hanya sekali saya sempat melihat beliau secara berdepan.. Semasa melawat Water World di Langkawi beberapa tahun dahulu. Beliau begitu dihormati sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.
Pemergian Dr Harun Din pastinya merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Hilangnya sukar dicari ganti. Semoha rohnya ditempatkan bersama solihin. Amin.
Saturday, 10 September 2016
Jom Hijaukan Rumah
Asal dunia dan bumi kita ni penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Ia hidup memenuhi ruang tempat yang ada. Pelbagai species dengan pelbagai ciri dan kegunaan. Sebagai tempat habitat makluk lain, tempat bernaung, sumber makanan, herba ubatan, sumber asas barang keperluan, hiasan persekitaran dan seribu satu tujuan lain. Itulah dia faedahnya tumbuh-tumbuhan.
Jadi, tunggu apa lagi kawan-kawan. Jom tanam pokok.. tak mampu pokok balak, pokok sawit boleh. Tak pun pokok getah. Untuk getah ni, boleh minta bantuan tanam semula dengan RISDA. Layari www.risda.gov.my.
Tak mampu juga nak tanam getah? Tak susah.. tanam sahaja pokok buah. Buah mangga, rambutan, durian dan macam-macam lagi.
Tak larat juga? Cuba tanam sayur. Sawi, cili, serai, bendi, terung, kacang panjang dan pandan. Ada konsep sekarang ni dipanggil laman kebun. Menarik kalau nak cuba. Hiroponik pun not bad.
Satu lagi pilihan yang menarik juga untuk menghijaukan sekitar ialah dengan tanam pokok bunga. Orkid, bunga raya, lidah jin dan macam-nacam lain.
Akhir sekali untuk yabg paling malas. Tanam kaktus!
Saturday, 3 September 2016
Masa Menulis Semakin Kurang
Pun begitu, malam ni ketika terjaga daripada tidur, cuba juga mencuri ruang mencoretkan sesuatu.. agar blog ini tidak bersawang. Dalam kesunyian malam ni, terfikir balik apakah yang aku dah berikan kepada negara tercinta ni. Cukupkah sudah jumlah titis keringat yang aku berikan pada tanah bumi bertuah ini. Sama-sama kita fikir sejenak.
Alamak?! Dah mengantuk balik.. Bye!
Saturday, 20 August 2016
Menghayati Kemerdekaan
Ada macam-macam cara untuk kita menghayati erti sebuah kemerdekaan. Pelbagai aktiviti sekarang ni dianjurkan untuk memeriahkan bulan kemerdekaan negara kita macam pertandingan yang bersabit dengan merdeka, ceramah patriotisma, melawat muzium atau tempat bersejarah, membaca buku sejarah, kempen kibar Jalur Gemilang, membina arca, berarak dan sebagainya. Seperti mana biasanya inisiatif dan gerak tindak untuk perkara-perkara macam ni dimulakan daripada Kerajaan dan agensi-agensi yang ada.
Kita sebagai individu bagi saya, kalau tak larat nak gantung Jalur Gemilang tu kat sana-sini,.. dapat jaga kebersihan sekeliling tempat kat mana kita berada pun dah kira sangat patriotik dah tu. Sebab kita tidak akan sanggup cemari dan kotori tempat dan tanah yang kita sayang. Betul kan?
Tuesday, 9 August 2016
Kemahiran Menulis, Syarat Naik Pangkat
Semalam saya sempat mendengar sembang seorang orang lama. Idea kali ini yang beliau berikan pada saya sedikit lain. Katanya, ada macam-macam cara boleh kita buat untuk cepat naik pangkat dan menjadi yang terbaik dalam jabatan. Selain kerja rajin, bijak bercakap dab kemas dalam penampilan, ada satu lagi faktor yang mesti diberikan perhatian. Nak tahu apa dia?! Ni nak habaq :)
Jadi, nasihat saya di sini buat kawan-kawan dan diri sendiri, menulislah dengan baik dan selalulah hasilkan karya penulisan yang menarik perhatian. Biar boss yang membaca sebut "WOW!!" bila baca deraf teks yang kita sediakan.

















