Saturday, 17 January 2026

6 Cara Kuatkan Mental

 


Ketahanan mental dan kesihatan otak amat penting untuk kita sebagai manusia. Otak memandu pemikiran dan pemikiran memandu tindakan. Saya kongsikan dengan ringkas 6 tips untuk sahabat-sahabat:

  1. Dapatkan cahaya Matahari pagi.
  2. Jaga pemakananan, Elak makan perkara yang mengarut. Prebiotik adalah suplimen yang baik.
  3. Banyakkan gerakan fizikal badan kita. Elakkan duduk lama sangat.
  4. Sertai aktiviti-aktiviti sosial.
  5. Tidur, pastikan kita dapat rehat yang cukup.
  6. Urus stress. Cari sesuatu perkara atau hobi yang boleh redakan stress. Contohnya melukis dan menyanyi 😆

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 4 January 2026

Lima Langkah Bila Rasa Hidup Gelap

 


  1. Jangan tanya "kenapa" tetapi, kita fikir "apa" yang boleh aku buat sekarang..
  2. Buat checklist, satu senarai semak, apa yang jadi sekarang dan apa next move aku.
  3. Luangkan masa dengan orang yang menghargai kita.
  4. Bina rutin-rutin kecil positif.
  5. Fikirkan siapa yang boleh aku bantu hari ini. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 2 January 2026

Wanita : Suka Sangat Bersesak, Kenapa?

                                  

Semalam kita masuk ke tahun 2026. Macam-macam sambutan diadakan untuk ambang tahun baharu. Di KL memang meriahlah dengan bunga api dan crowd yang ramai sementara menunggu detik 12 tengah malam. Macam-macam program di luar outdoor sana, melibatkan kehadiran segala rupa manusia dan lapis masyarakat. Baik rakyat tempatan, juga orang-orang asing dan pelancong.

Hari ni meriah dah pun gambar situasi di lokasi sambutan ambang tahun baharu 2026 yang penuh dengan tinggalan sampah sarap. Saban tahun, perkara sama inilah yang masih berlaku. Dari situ pun kita tahu tahap mana mentaliti dan sikap orang yang ramai-ramai hadir tu. 

Cumanya saya nak bincangkan satu lagi aspek yang mungkin boleh kita semua fikirkan bersama iaitu berkaitan mentaliti turun beramai-ramai tu. Bagi saya, kita sebagai orang yang dah berada pada tahap kemajuan dan tamadun tinggi ni, mungkin boleh diletakkan di minda tidak perlu sangat untuk kita beramai-ramai keluar untuk turut sama dalam sambutan hujung tahun begitu terutamanya yang berkeluarga dan golongan wanita.

Nampak di feed, ada video suasana detik 12 tengah malam yang beramai-ramai, bersesak-sesak dan berhimpit sampai macam nak putus nyawa. Saya rasa tak sepatutnya kita, lebih-lebih para wanita muslim Melayu khususnya pergi ke situasi sebegitu. Suka saya nak mencadangkan, untuk anda (wanita), hindarilah situasi sesak sebegitu. Kenapa perlu merisikokan kehormatan dan keselamatan diri sekadar untuk memeriahkan peristiwa yang hanya untuk seronok-seronok je tu. Sambut saja kemeriahan tu di rumah atau tempat-tempat yang lebih tenang. Anda nampak lebih bijak dan sopan. Zaman berubah, tahun berubah. Mentaliti tak berubah lagi. Sanggup susahkan diri. Fikirkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...