Musim raya masih terasa, almaklumlah baru 8 Syawal ;) Bagi yang dah beranak-pinak pastinya ketika ini sedang menyusun dan mengira duit raya anak-anak untuk dikumpul seterusnya disimpan dalam bank, SSPN, Tabung Haji ataupun di institusi-institusi simpanan kewangan lain.
Kira-kira 2 minggu lalu ketika saya beratur di bank untuk menukar duit raya untuk angpau raya, terdengar saya sembang salah seorang brother di belakang. Katanya bila kita ni balik kampung beraya kurang-kurang belanja bertambah 4 kali ganda. Mana tidaknya, minyak kereta, tol, belanja dapur, makan minum & belanja luar jangka yang macam-macam. Inilah kehidupan, banyak bergerak, banyaklah duit yang keluar ;)
Entri kali ni suka saya nak kongsikan sedikit saja tips
bagaimana untuk “menguruskan” duit (RM) kita,
terutamanya untuk mengurangkan perbelanjaan kepada perkara yang tidak penting.
Ini bagi mereka yang sememangnya ketat
perbelanjaannya terutamanya lepas-lepas musim raya ni. Saya jugalah tu ;)
Satu cara yang baik
untuk menjimatkan wang yang kemudiannya boleh digunakan untuk membayar perkara-perkara
lain seperti hutang, bil dan tambah simpanan adalah dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak beberapa
perlu. Jika kita asyik membeli sesuatu benda dengan brand yang ada jenama,
cubalah beralih kepada alternatif jenama lain yang lebih murah. Ia mungkin tidak kelihatan seperti kita dapat banyak
berjimat, tetapi percayalah walaupun bezanya itu kecil, ia tetap akan terkumpul
dan terus bertambah sekiranya kita konsisten berjimat setiap masa. Cuba
potong perbelanjaan yang tidak perlu atau mencari alternatif yang lebih murah. Kita
sememangnya ada pilihan. Daripada nak makan burger di MekD, apa salahnya pergi
ke warung-warung burger yang ada yang tentu sah murahnya dan kita tahu proses penghasilannya. Memang ia satu cabaran, tetapi ia memang boleh membantu kestabilan kewangan kita.
Saya bagi contoh, apabila kita ke pasaraya besar dengan senarai 20 barang keperluan yang hendak dibeli. Dengan kebiasaaan rekod belanja yang sebelum-sebelum ni kita akan belanjakan dalam nilai RM 250.00 untuk 20 barang tersebut. Dengan meneliti dan bertindak memilih alternatif yang lebih murah untuk setiap barang, kita pastinya dapat mengurangkan nilai perbelanjaan kepada mungkin RM210.00 sahaja. Bukankah kita dah jimat RM 40.00 kat situ. Lepas dah untuk belanja-belanja lain selepas tu. Tak percaya, cer cuba ;)

Percayalah pada pepatah, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi
bukit dan ada pesanan kepada yang cintakan Islam dan bumi Palestin: Nak support
GAZA, kita beli produk alternatif!
No comments:
Post a Comment
Komen Anda