Wednesday, 11 April 2012

Menunjukkan Kesungguhan Membantu

Baru-baru ini seorang kenalan berurusan dengan sebuah agensi kerajaan.. Urusan yang dibuat bukannya kompleks sangat pun.. Membuat satu permohonan rayuan untuk melanjutkan satu tempoh masa sahaja. Apabila beliau menelefon pejabat berkenaan, pegawai yang bertanggungjawab meminta untuk beliau mengajukan surat rayuan. Setelah beberapa hari sampailah surat berkenaan ke meja beliau. Setelah  seminggu lebih tiada sebarang respon pun. Jadi beliau yang merayu ni telefonlah pegawai tadi. Di saat tu barulah pegawai tadi memaklumkan beliau perlu pula mengisi beberapa borang lagi untuk melengkapkan rayuan.

Bagi saya kat sini jelas nampaknya TIADA KESUNGGUHAN pegawai berkenaan ingin membantu dengan bersungguh terhadap rayuan tadi (melainkan beliau benar2 sibuk). Patutnya di peringkat awal lagi beliau sudah boleh memaklumkan perlunya dokumen dan borang sokongan lain diisi. Ini ambil sampai lebih seminggu untuk respon, itu pun bukan dia yang respon sebaliknya pemohon pulak yang kena hubungi dia balik. Memanglah pemohon merayu dan mengharapkan sesuatu tetapi kenapa tidak bagi orang yang memproses itu lebih aktif dan responsif serta ADA JIWA NAK MENOLONG. Memang betul saya fikir ada SOP atau prosedur kerja tetapi kalau ia boleh disingkatkan selagi tidak menjejaskan mana-mana  kepentingan.. kenapa perlu membiarkan orang atau pelanggan kita tertunggu-tunggu.

Masa kini masa amat berharga. Bagi yang memerlukan bantuan dan sokongan kita, fahamilah masalah dan kehendak mereka. EMPATI pada mereka. Masuk dalam kasut mereka. endek ceritanya, pemimpin dah gariskan apa yang perlu dilaksanakan... jadi golongan pelaksana, laksanakanlah dengan sebaiknya dan SEPENUH JIWA. Jangan jadikan impian dan dasar baik seperti "Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan" ini hanya dilaksanakan separuh jalan atau atas nama slogan saja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails