InsyaAllah 12 Rabiulawal ini sekali lagi umat Islam akan menyambut hari keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Bersyukurlah kita kerana ditakdirkan menjadi umat Baginda kerana Baginda telah membawa cahaya dalam hidup kita. Baginda telah meletakkan asas iman dan taqwa yang jelas untuk kita ikuti. Baginda telah membawa umatnya keluar daripada keadaan kejahillan suatu masa dahulu. Baginda telah merubah corak kehidupan umatnya secara lebih baik, lebih tersusun dan lebih berhikmah. Baginda juga melahirkan ramai sabahat yang boleh dijadikan contoh dan model terulung dalam hidup manusia. Baginda telah meninggalkan pedoman dan banyak panduan hidup untuk kita tidak kira dalam aspek apa sekalipun.. dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar perkara. Baginda SAW adalah rahmat kepada seluruh alam.
Moga kita dapat menghayati sebaiknya sambutan hari keputeraan kali ini dan saya menganjurkan kepada diri (yang masih perlu banyak belajar) dan sahabat yang membaca post ini agar dapat berusaha menambahkan pengetahuan dan mengingati perjalanan hidup Rasulullah dengan membaca sirah Baginda bersama sahabat serta mencintai sesi majlis ilmu & mendengar kuliyah-kuliyah berkaitan riwayat hidup Baginda. Moga ada daya upaya kita untuk mematuhi setiap saranan dan mengamalkan sunnah amalan Baginda. Masih belum terlambat untuk kita menjadikan Baginda sebagai ikutan dalam aktivti seharian hidup kita.
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah" [al-Ahzab (33):21].

No comments:
Post a Comment
Komen Anda