Kerja kepada orang politik memang macam-macam. Masa yang dilalui mereka menang singkat. Perhimpunan Agung UMNO telah bermula.. bermulalah sesi perbahasan dan pidato perwakilan berapi-rapi di PWTC.. Berapi-rapi tu bagus, tapi jangan berapi sekejap jer dan kemudian tu berasap dan padam.. Kalau boleh biar api tu macam api obor kat stadium masa sukan Olimpik tu.. membara "marak" dari mula hingga akhir. PRU sudah hampir dekat.. Masing-masing secara tak langsung dah memulakan kempen masing. Cabaran bentuk baru sememangnya getir dan 50-50. Bagi BN saya fikir menawan semula Selangor, Penang dan Kedah tentunya akan menjadi antara MISI paling utama kali ini.
Kerja kepada orang kerajaan juga tidak kurang macam-macamnya. Mana tidaknya.. orang diatas mereka akhirnya adalah orang politik tadi. Terkini dalam minda dan kepala setiap penjawat awam tentunya adalah apa isi butiran Pekeliling Gaji SBPA 2012. Macam-macam perkara baru yang disyaratkan demi menaikan mutu kerja dan perjalanan perkhidmatan setiap penjawat awam. Mungkin ada yang akan selesa dengannya dan mungkin ada yang akan tertekan dengannya. TERPULANG pada diri masing-masing untuk menyesuaikan diri.
Pokok pangkalnya baik bagi orang politik ataupun penjawat awam.. kedua-duanya perlu MEMBERI khidmat kepada rakyat awam.. untuk memberi khidmat terbaik tentunya mereka memerlukan skill, sikap dan pengetahuan dalam bidang masing-masing.. Cukup mereka menjaga tiga perkara ini, rasanya rakyat puas hati.. dan paling tak kurang pentingnya juga bagi saya adalah ASASNYA iaitu kerja dengan IKHLAS dan penuh MINAT.
Tanpa kedua-duanya baik ahli politik ataupun penjawat awam.. mereka tidak akan kekal lama.. kalau kekal lama pun, mungkin kurang memberi erti dan makna kepada orang lain..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda