Di bulan kemerdekaan ini kita setia dan sedia menyambutnya saban tahun. Sememangnya kemerdekaan kali 54 ini mempunyai cabarannya tersendiri dalam pengisian maknanya dan amalannya. Kempen kibar Jalur Gemilang oleh kerajaan nampaknya kurang mendapat sambutan. Bagi saya isunya 1 saja iaitu kualiti material yang menegakkan bendera itu yang membuatkan orang ramai enggan mendapatkannya untuk letak di kenderaan.. Tidak membelinya bukan bermakna kita tiada semangat merdeka.. Cuma memikirkan apa sudahnya jika minggu ini beli minggu depan ia dah tercampak atas jalan raya. Mana tidaknya.. setelah dilekatkan di cermin atau badan kereta selepas seminggu pemanduan, ia hampir 90% berkebarangkalian untuk ia tanggal dan terpelanting entah kemana.. Mungkin kalau kita nak juga ramai mengibar jalur gemilang, perlu difikirkan untuk macamana diinovasikan pelekat bendera itu.. Perlu diinovasikan untuk ia boleh tahan lama dan boleh digunakan semula setiap tahun.
1 Malaysia.. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.. Itu motto hari kemerdekaan tahun ini. Ia tentunya perlu sejajar dengan program transformasi yang dilaksanakan kini. Apapun mottonya bagi saya isi kemerdekaan itu sendiri masih penting iaitu kita sebagai individu dan negara perlu bebas daripada sebarang bentuk penjajahan dan tekanan orang lain. Bebas dalam erti kata tidak bergantung harap pada orang lain. Bebas untuk membina kemajuan, memajukan diri dan bukannya bebas untuk menghancurkan apa yang telah ada pada diri dan orang lain.
Senang bagi kita mengatakan kita pebas daripada itu dan ini tetapi yang lebih penting juga untuk kita mempraktikan bagaimana untuk kita betul-betul bebas daripada sebarang bentuk penjajahan masa ini yang lebih kompleks dan ancaman yang tak kita sangka-sangka.
Senang bagi kita mengatakan kita pebas daripada itu dan ini tetapi yang lebih penting juga untuk kita mempraktikan bagaimana untuk kita betul-betul bebas daripada sebarang bentuk penjajahan masa ini yang lebih kompleks dan ancaman yang tak kita sangka-sangka.
Merdeka bukan disambut sebagai kenangan sahaja, tetapi sebagai pengajaran untuk kita meneruskan kelangsungkan kita di masa hadapan. Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!
Bebas dalam erti kata tidak bergantung harap pada orang lain. Bebas untuk membina kemajuan, memajukan diri dan bukannya bebas untuk menghancurkan apa yang telah ada pada diri dan orang lain....Merdeka bukan disambut sebagai kenangan sahaja, tetapi sebagai pengajaran untuk kita meneruskan kelangsungkan kita di masa hadapan......tak tahu kenapa tetapi apa yang awak tuliskan ini sangat menyentuh hati saya...terasa diri belum cukup berjuang untuk kemerdekaan...terima kasih. keep on writing...ZR
ReplyDelete