Jika dahulu apabila kita berkata mengenai perkataan "lanskap". Tentunya dalam fikiran kita terbayang hiasan lanskap di taman bunga dan taman-taman awam. Kini penggunaan perkataan lanskap tidak hanya tertumpu kepada persekitaran hiasan dan susunatur tanaman sahaja tetapi turut melibatkan sektor lain seperti ekonomi, sosial dan politik. Terdengarlah kita kepada perlunya perubahan dalam lanskap politik negara misalnya. Lanskap ekonomi juga perlu ditransform ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan sebagainya. Untuk memenuhi kejayaan dan kecemerlangan dalam semua lanskap tersebut baik politik, ekonomi dan sosial, saya fikir tahap lanskap yang paling mudah dan remeh sepatutnya diselesaikan dahulu.
Saya maksudkan di sini adalah lanskap persekitan dan amalan harian hidup kita. Merangkumi lanskap susun atur fizikal dan separan fizikal setiap perkara disekeliling kita. Lanskap ini hampir dengan lanskap hiasan tanaman tadi. Lanskap persekitaran ini bagi saya adalah apa yang dapat kita lihat pada masa kasar kita setiap hari dan ketika. Ia merangkumi semua perkara fizikal dan perancangan untuk elemen fizikal yang berada di sekeliling kita seperti rumah, taman, jalanraya, bangunan, premis perniagaan, tempat kerja, tempat awam dan sebagainya. Untuk menjadikan setiap elemen dalam sesebuah lanskap itu "MENYELESAKAN" semua bagi saya, beberapa tips MUDAH berikut boleh diamalkan.

1. Meletakkan kenderaan di mana-mana pun biarkan teratur.
2. Meletakkan perkakasan dan fail-fail di pejabat biarkan kemas dan teratur.
3. Meletakkan perancangan untuk program dan aktiviti biarlah teratur
2. Meletakkan perkakasan dan fail-fail di pejabat biarkan kemas dan teratur.
3. Meletakkan perancangan untuk program dan aktiviti biarlah teratur
4. Meletakkan seseorang untuk tugasan tertentu biarlah teratur.
5. Meletakkan keutamaan sesuatu perkara biarlah teratur.
6. Meletakkan peruntukan bajet biarlah teratur.
Jadikan lanskap persekitaran yang nyata di depan mata DILETAKKAN cukup TERATUR sebagai sumber inspirasi baru untuk kita mengejar impian mewujudkan lanskap politik, sosial dan ekonomi yang lebih baik dan memberi sejahtera kepada semua.
No comments:
Post a Comment
Komen Anda