Menonton persembahan Malaysia dalam perlawanan malam semalam menentang Indonesia untuk perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil saya terfikir kita bukanlah pasukan yang lemah di rantau ini, cuma perlu kepada ketajaman strategi dan teknik permainan yang lebih tangkas dan tersusun sahaja. Hanya ingin berkongsi pandangan pada teknik tendangan pemain negara. Sebenarnya juga bukan daripada perlawanan semalam sahaja tetapi daripada pemerhatian terhadap permainan pemain kita dalam liga tempatan.
Kita kadang-kala memperoleh bola dan ruang gol yang telah sedia untuk menerima sepakan dan percubaan kita, tetapi selalunya kita lihat pemain kita menyemak tinggi melangit. Ini terutamanya bagi bola untuk sepakan terus tanpa perlu menahan. Saya dahulu ada bermain bola juga dan saya fikir tidaklah terlalu sukar untuk memastikan bola itu meluru ke hadapan dan bukannya menuju bumbung stadium. Bagi orang awam mungkin sepakan begitu adalah normal, tetapi bagi pemain bola sepak profesional sepakan percubaan ke arah gol itu harus ke hadapan dan rendah sahaja. Memanglah mereka perlu menendangnya dalam keadaan spontan atau kurang bersedia, tetapi bagi saya jika cukup latihan dan penguasaan pemain (kaki mereka) kepada bola yang bulat itu, sekurang-kurangnya tidaklah naik sampai melebihi suduh 15 darjah. Apapun mereka menunjukkan prestasi yang cukup baik dan harap dapat dikekalkan dan diteguhkan lagi. Syabas kepada bahagian pertahanan, tengah dan juga serangan. Kerja sepasukan sememangnya penentu kejayaan mereka nanti.
Bekalan 3-0 nampaknya memberikan sedikit keselesaan kepada kita untuk perjuangan pada perlawanan kedua nanti.. InsyaAllah kita boleh menang jika rentak yang ada dikemaskan lagi.. Malaysia boleh menang ;)