Ramai memperkatakan tentang sistem pendidikan ataupun sistem pembelajaran kita terlalu berteraskan ujian dan peperiksaan. Itu memang amat benar sekali. Itu belum dikira lagi ujian akhir tahun dan pertengahan tahun yang perlu diambil saban tahun. Fokus pelajar akan terhad kepada peperiksaan sahaja. Ya memang betul dalam peperiksaan pelajar akan bersedia untuk memperoleh markah dan mata yang tinggi, tetapi adakah tujuan pelajar belajar di sekolah itu adalah hanya untuk mengejar gred rekod yang baik sahaja dalam setiap peringkat peperiksaan itu tadi. Sebenarnya pencapaian yang jauh lebih penting daripada itu saya fikir dan mungkin orang-orang lain fikir juga adalah untuk bagaimana sistem pendidikan negara ini dapat melahirkan individu yang lebih berguna dan memiliki banyak nilai-nilai baik yang disematkan pada dirinya setelah tamat persekolahan. Antaranya adalah kebolehan berfikir, berkomunikasi dan berkreativiti yang mungkin sukar dijana diperingkat rendah dan menengah ini.
Cadangan untuk pemansuhan dua jenis peperiksaan ini saya fikir adalah sesuatu yang baik dan mungkin boleh menjadi titik perubahan kearah menambah baik modal insan demi kepentingan sumber tenaga yang dalam negara. Apapun yang lebih penting juga adalah apabila dimansuhkan 2 jenis peperiksaan ini bukanlah secara total tiada langsung penilaian oleh pihak guru kepada tahap pembelajaran anak murid mereka dari semasa ke semasa. Selain itu bagaimana proses peralihan dan penyesuaian ini dapat dijalankan kepada generasi pelajar yang bakal melalui perubahan ini juga perlu diteliti agar tidak seperti ibarat kata pepatah umpama tikus membaik labu. Lain pula yang terhasil nanti.
Ingatlah mereka anak-anak kecil dan muda ini adalah juga aset negara. Selain sektor awam dan sektor swasta sebagai pemain kemajuan negara, sektor generasi masa hadapan ini juga jangan diperkecilkan kepentingannya. Mereka lah pewaris negara ini.
No comments:
Post a Comment
Komen Anda