Monday, 1 July 2013

Siapa Kata Gotong Royong Tidak Relevan?



Semalam, sempatlah meluangkan masa untuk aktiviti gotong royong di mana perumahan tempat saya tinggal. Alhamdulillah walaupun berada bukan di kampung, kelihatan semangat gotong royong tu masih ada dan boleh jadi lebih kukuh lagi kalau dipupuk dan dirangsang dengan baik. Aktiviti yang dibuat semalam bukan lah berat sangat tetapi cukup untuk memerahkan keringat, beriadah dan sambil-sambil bersosial juga.. Dapatlah berkenalan  dan bersembang dengan jiran-jiran yang walaupun tinggal bersama tapi payah juga nak bersua.. bersua di Facebook ajer.. Nasib baik cuaca agak mendung pada pagi.. selesalah juga untuk melakukan kerja pembersihan, menebas apa yang patut dan menyapu-nyapu sampah.

Semangat bergotong royong ni saya fikir bukanlah sesuatu yang terlalu keras dan berbentuk paksaan.. Ia lebih kepada bersikap terbuka dan sukarela.. Bukan senang juga nak ajak anggota jiran tetangga keluar, berpanas dan mengerah tenaga untuk mengusahakan sesuatu yang baik demi faedah bersama. Ada yang lebih rela berdiam diri, tak ambil port dan malas nak layan. Mungkin juga ada yang dah tak peduli dah apa yang berlalu di sekeliling mereka.. Tentu sekali 1001 macam alasan yang mereka ada kan? Mungkin budaya sukarela ni belum cukup "mekar: lagi di negara ni. Mungkin kena mula dari anak-anak kecil lagi.. Di sekolah misalnya..

Cuma satu perkara yang saya nampak semalam iaitu.. sesetengah kelompok ni sibuk sangat2 dengan berniaganya.. orang bisnesslah katakan.. tak dihiraukannya langsung hal berkaitan komuniti, keselamatan dan masyarakat.. sesekali apalah salahnya curi sikit masa untuk sumbangkan sesuatu untuk masyarakat. Sekurang-kurangnya tunjuk muka jer.. jadilah.. ;)

Marilah wahai sabahat dan teman2 di luar sana.. Usahlah malu dan segan.. Gotong royong satu amalan murni dan ada ganjarannya juga.. Menyelesai dan mempermudahkan permasalahan awam dan masyarakat bukankah besar impaknya juga.. kita buat benda kecil tapi yang menerima kesannya ramai.. Mengalihkan duri di tengah perjalanan pun ada pahalanya kan..

Jadilah penyumbang untuk sesuatu dan bukannya menjadi seorang yang "sumbang" suaranya ataupun bertindak seperti "kera sumbang". Akhir kata : Ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails