Sebelum Syawal lalu kita dikejutkan dengan kes pembunuhan kejam empat orang sekali gus. Saya turut bersimpati dengan seluruh ahli keluarga mangsa dan semoga mereka terus cekal untuk meneruskan kehidupan yang mendatang. Dengan kes ini yang masih berjalan siasatannya saya juga suka untuk merakamkan syabas kepada PDRM yang saya lihat cekap dalam mengumpul bukti dan menyiasat kes ini. Harapannya ia dapat diselesaikan dengan baik dan hukuman yang setimpal dapat dijatuhkan kepada mereka yang bersalah.
Daripada peristiwa ini kita melihat seorang yang profesional (betul-betul pro) pun jika tidak mengamalkan akhlak dan nilai diri yang baik rupanya lagi hebat dan lagi besar impak kesalahannya. Nilai yang dibawa bersama dalam hati dan fikiran sememangnya jauh lebih penting daripada ilmu dan kemahiran yang tidak berpandukan kepada nillai yang baik.
Aspek inilah rasanya yang cuba diterapkan semasa pimpinan PM sebelum ini. Sememangnya nilai baik yang tidak ditanam dari awal akan memberi risiko kepada diri, masyarakat dan negara. Mungkin penyelesaian kepada masalah nilai ini adalah kita belajar daripada alam.. Kita lihat kepada sungai.. Kita kadangkala sibuk membersihkan kekotoran di hilir atau muara sungai.. malangnya kekotoran dan masalahnya bermula dan berpunca di hulu sungai. Kita selalu tidak tahu pun apa yang berlaku di sana. Puaslah kita bertungkus lumus membetulkan itu dan ini tetapi ia masih berlaku juga..
Saya juga mengingatkan diri saya juga bahawa nilai yang baik itu perlu diasaskan pada peringkat permulaan.. Bukan setelah ianya membesar dan merebak luas..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda