Friday 22 January 2016

Hari ni naik tren ke pejabat..




Dah beberapa tahun rasanya saya tak menaiki tren untuk ke pejabat. Kali terakhir mungkin beberapa tahun lalu bila mana, kereta yang ada mengalami masalah engin dan memang terpaksa juga hadir ke pejabat. Pilihan yang ada hanyalah menaiki Komuter KTM disambung dengan pengangkutan tren Putra LRT dan Star LRT dan bas Rapid KL. Masa diambil sekitar hampir dua jam. Masa yang hampir sama dengan perjalanan dengan kereta.

Hari ni sekali lagi seya terpaksa juga melaluinya. Kereta yang ada, mengalami sedikit masalah pada enjinnya dan perlu segera dibaiki. Takut-takut merebak dan banyak pula jadinya kerosakan yang ada. Pesan buat anda yang membaca, kalau kenderaan kita tu meragam sikit-sikit, cepat-cepat periksa dan repair. Jangan dibiar bertimbun masalah yang ada. Risikonya bahaya sewaktu dalam perjalanan nanti.

Sesekali melalui perjalanan dengan tren dan pengangkutan awam ni best juga. Satu antaranya kita dapat melihat gelagat orang-orang lain yang turut sama berpusu-pusu megejar masa ke pejabat. Hari ni saya macam kaku dan tercangak-cangak sikit... Maklumlah dah lama tak melalui cara ni ke pejabat. Mesin belian tiket pun dah lain. Apa pun kemudahan pengangkutan awam ni memang canggih dan memudahkan hidup manusia.

Cuma satu sahaja yang menjadi harapan untuk masa hadapan. Iaitu agar satu masa atau dalam masa 10 tahun lagi, orang-orang kita ni merasa menggunakan sama setanding dengan apa yang orang di Jepun lalui. Ianya adalah keretapi laju atau dipanggil "bullet train". Macam gambar kat atas ni.

Pantas dan selamat ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 20 January 2016

Dunia Yang Melalaikan




Dunia memang melalaikan jika ia menjauhkan kita dengan matlamat akhirat. Maksud dunia yang melalaikan ialah bilamana apa yang kita ada dan buat itu tidak diniatkan untuk kebaikan ummah dan agama. Sebagai contoh, kereta mewah yang besar dan sedap dipandu tetapi dibawa ke tempat tujuan maksiat. Benda dunia yang dihalakan kepadadunia semata.. memang rosak kita.


Sebaliknya kereta yang cukup baik tu jika dibawa untuk tujuan dakwah dan pembangunan diri dan ummah, pasti ia bukan merupakan perkara yang melalaikan. Itulah mudahnya untuk kita faham bahawa dunia yang melalaikan adalah apabila ia tidak dijurus kepada kebaikan.

Jangan lupa juga, sekiranya satu-satu kerja dakwah itu yang dibuat atas niat untuk menunjuk-nunjuk, itu juga boleh termasuk dalam kategori dunia yang melalaikan. Kerja yang baik tapi niat pula yang tak betul.

Janganlah kita tergolong dalam kelompok yang lalai.

Wallahua'lam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 14 January 2016

Terlajak Gol...




Antara berita yang mencuri tumpuan minggu ni ialah penajaan beberapa pasukan bola sepak tempatan oleh mereka yang ternama, hartawan dan jutawan tempatan. Dr. Vida (Qu Puteh) paling mencuri tumpuan yang mana akan menaja pasukan The Red Warroir yang mungkin akan merubah warna stadium di Kelantan tu jadi warna PINK!. Kini D'Herb, yang terkenal dengan tag line Terlajak Laris pun nampaknya mengikut langkah yang sama.. pasukan Selangor menjadi pilihan pengasasnya dengan tag line yang luar biasa: "Terlajak Gol". Memang best lah team Selangor lepas ni... banyak lah gol mereka nanti :)

Mendengar berita ini, saya terfikir, wah! memang pandai mereka ni meletakkan diri demi memberi impak besar kepada orang ramai dengan apa yang mereka ada. Pastinya branding mereka lebih kuat dan akan berada pasa satu tahap yang berbeza daripada pesaing yang lain.

Melihat tindakan mereka ini, kita seharusnya memberi sokongan padu kepada mereka kerana bukan senang nak dapat penajaan sebegitu rupa oleh syarikat-syarikat korporat di luar sana. Sukan bola sepak yang sememangnya sukan nombor 1 negara, sememangnya mempunyai pengikut dan peminat sendiri. Walaupun prestasi dan pencapaian bola sepak kita hanya biasa-biasa, setidak-tidakknya dengan suntikan daripada orang-orang hebat seperti mereka ini, ia boleh memberikan nafas baru kepada sukan bola sepak tempatan.

Kalau dahulu sukan ditaja oleh korporat yang melibatkan rokok.. memang tak kena. Sekarang ni sukan ini dikaitkan dengan kecantikan dan kesihatan.. Ok aper?

Oklah, sekadar nak mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang dapat tajaan tu.

Tertunggu-tunggu siapa pula nak taja team bola sepak negeri Perak.

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 11 January 2016

Berjimat Mana Yang Mampu

Semua orang tahu pengurusan kewangan diri tu penting dan harus diamalkan dengan syarat ada disiplin pada diri. Tak kiralah diperingkat mana pun kita berada, sebab jimat tu lawannya membazir. Jimat untuk seorang yang kaya mungkin berbeza dengan seorang yang miskin. Bila dilihat dalam konteks keperluan seharian mungkin agak berbeza antara kedua-dua golongan. Orang kaya mungkin jimatnya makan di restoran yang biasa-biasa tapi untuk yang kurang berada mungkin membawa bekal makan adalah penjimatan untuk dirinya.

Memulakan tahun 2016, memang dah dirasai bahang kemelut ekonomi yang ada.. Tambang, yuran, subsidi minyak, tol, bil, GST dan nilai ringgit turun lagi.. Memang kesemuanya tak banyak yang memihak kepada pengguna dan rakyat kebanyakan.

Dalam suasana semasa, saya nampak 2 gesaan utama kepada kita semua iaitu berjimat cermat dan cuba meningkatkan pendapat diri dengan berniaga atau buat kerja tambahan. Untuk menjadi peniaga tu memang tak boleh kita nafikan sebab kita semua tahu, 9 daripada sumber rezeki itu dalah daripada perniagaan.

Dalam aspek berjimat cermat, kita sering dengar respon yang diberikan ialah susah nak menyimpan, sebab nak belanja pun tak cukup. Memang betul kenyataan tu, tapi mungkin apa yang boleh kita usahakan kita tetap menyimpan walaupun dalam jumlah yang sedikit. Simpan sehari seringgit pun tak mengapa, sekurang-kurangnya ada duit yang terperangkap dan boleh membantu kita nanti dikala sempit dimasa depan. Bagi saya kalau dah sesak tu, seringgit pun amat berharga jadinya...

Percayalah ;)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 4 January 2016

Bermulanya Harapan 2016

Selamat memulakan tahun 2016 dengan penuh pengharapan dan kesungguhan untuk mencipta lebih banyak kejayaan dan kemakmuran untuk diri, bangsa, negara dan agama.
Hadirkan sifat-sifat yang baik pada diri untuk bentuk tamadun hidup yang lebih gemilang dan menyumbang kepada dunia yang lebih baik esok.
#SelamatTahunBaru2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...