Thursday 20 August 2015

Zahirkan Dahulu Atas Kertas


Lihat sekelilig kita, ada banyak binaan dan rekacipta yang cukup mengagumkan. Di Malaysia ni saja, cuba kita lihat senibina bangunan-bangunan yang ada, masjid-masjid dan rumah kediaman. Semuanya sangat menarik dengan ciri tersendiri dan apa yang penting sebenarnya, semuanya bermula dengan idea yang ditulis terlebih dahulu diatas kertas. Maksud saya semua binaan tersebut mesti dirangka dahulu dalam bentuk pelan sebelum dibina.

Untuk kerja-kerja selain binaan infrastruktur seperti itu, kita sepatutnya guna pendekatan sama. Projek-projek yang kita jalankan harus lengkap dengan teratur perancangannya, tetap setiap aktivitinya dan jelas rekabentuknya. Kalau tidak kemas tiga perkara ni, pasti sukar untuk projek itu berjaya sepenuhnya. Lewat siap paling pasti ;) 

Perjalanan hidup kita pun begitu juga. Ia perlu dilakarkan dahulu. Apa yang nak dicapai mesti diimiginasikan dahulu, ditulis secara zahir atas kertas agar jelas apa matlamat yang hendak kita capai. Teringat saya satu teori yang pernah saya dengar suatu masa dulu yang mengatakan: Sukar untuk kita capai apa pun perkara kalau ia tidak ditulis atas kertas terlebih dahulu. Disebabkan ia bersifat ghaib dan hanya wujud dalam minda seseorang, sukar untuk elemen-elemen lain dalam kehidupan ni menyokong pencapaian matlamat tu. Itulah satu sebabnya kenapa perlu kita ada motto dan slogan yang harus ditulis dan dipampang agar mudah ia menjadi realiti.

Rekod dan dokumentasi penting sangat.. Fahamkan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 16 August 2015

Memburu Impian




Ku jejakjalan yg berlikumembara jiwakumemburu impian

Ku renang lautan gelorabiarpun tersadaidi hujung duni
a
kan ku tempuhi segala rintanganbiarpun rebah ku bangun sendiri

Akan ku genggam biarpun hitammenjadi milik mu...
Ku muladengan langkah inimenuju sinaran abadi



Lirik diatas adalah daripada lagu yang dinyanyikan oleh Kaza sekitar tahun 80an saya rasa. Bila menghayati liriknya saya sedar dalam seiap diri kita ada satu kekuatan yang seharusnya kita guna dan teguhkan untuk mencapai apa juga impian yang kita nak capai. Kekuatan itu terletak kepada matlamat yang jelas dan sebab yang kuat yang tak mudah pudar dipadamkan oleh sesiapa pun. Kekadang kita tidak ada matlamat pun dalam hidup ni. Membiarkan sahaja masa berlalu tanpa sebarang sasaran yang nak dicapai memang menyedihkan. Bila dah ada matlamat kita perlu pasakkan dengan satu sebab yang kukuh untuknya. Sebab yang sangat kuat hinggakan tidak goyah semasa apa jua cabaran yang datang melanda.

Mudah katanya, untuk sukses dalam apa yang kita usahakan, kita perlu ada 2 perkara ni dahulu: MATLAMAT yang cukup jelas dan SEBAB yang cukup kuat untuk matlamat tu!


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-memburu-impian-kazar-gila-gila.html#ixzz3ixaLHUUw
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...