Friday 29 March 2013

PRU Dah Dekat



Bahang pilihanraya dah makin hampir.. masing-masing baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang sudah pun berada di tempoh masa-masa akhir sebelum sampai ke garis tamat. Masa nilah kalau mereka nak pulun atau ligan habis-habisan ;)

Saya melihat rata-rata dalam masyarakat kita ni, kita cenderung untuk taksub menyebelahi satu-satu pihak sahaja. Tentunya hal ini dicorakkan oleh input yang setiap dari kita terima dari persekitaran, pengaruh individu dan sumber lain. Nilai dan fahaman politik yang dipegang hampir pasti berlandaskan lebih banyak kepada kata-kata orang berbanding penilaian serta analisis sendiri. Maklumlahkan bukan ahli akademik yang sentiasa ada asas data dan fakta.

Saya melihat dah sampai masanya untuk lebih ramai lagi daripada kita yang boleh mempunyai akses dan capaian info daripada kedua-dua pihak. Tak faham?? maksudnya kita "study" dan kenali kedua-duanya.. Contohnya kalau kita membaca akhbar, kita membaca kedua-dua baik media utama mahupun media alternatif.. membaca Harakah dan masa sama membaca Utusan.. Kebaikannya kita dapat melihat kedua-duanya dari sudut masing-masing.. Kalau dapat bercampur gaul secara terus antara kedua-dua puak ini lagi bagus ;))

Apa yang cuba nak saya katakan di sini sebenarnya semua pihak kena akui mereka bukan sepenuhnya betul dan bukan juga tidak betul.. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Yang sedih bagi saya apabila apa sahaja yang dibuat oleh pihak sebelah sana semuanya tak betul. Yang di sebelah sini pun sama. Kedua-duanya sepenuh hati tidak melihat langsung apa kebaikan yang telah dan ingin dibuat oleh saingan masing-masing. Patutnya apa yang baik harus disokong kerana ia memang terang-terang benda baik kan..

Undi adalah rahsia.. betullah tu.. dan macam-macam kaedah, pedoman dan pegangan cuba diketengahkan untuk memilih siapa semasa mengundi kelak. Nak pilih calon ke atau nak pilih parti?? Bagi saya ia bergantung pada kehendak individu ataupun pilihan individu.. Dia perlu tanya pada diri apa rupa dan bentuk kerajaan yang dihajatinya. Bagi saya tak salah nak undi calon dan tak salah juga nak undi berdasarkan parti.. Tepuk dada tanya iman..

Apapun yang pentingnya sekarang masing-masing yang bertanding perlu bijak dengan strategi kempen masing-masing.. Yang mana lebih menguasai dunia maklumat dan boleh melihat harapan rakyat, rasa saya pihak ini mempunyai lebih peluang ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 19 March 2013

Minda Kelas Pertama VS Minda kelas ke berapa entah..





Hanya nak kongsi pandangan apabila melihat apa yang ada di sekeliling kita. Memang bukan majoriti buat "fe'el" macam ni, tapi dah cukup memberikan gambaran negatif kepada majoriti yang lain.

  1. Tabiat buang sampah orang kita :
    Dari dalam kenderaan mereka lebih suka buang sampah/sisa makanan di luar tingkap (bertabur atas jalanraya). Kalau kat taman perumahan di rumah saya tu. Sudahlah parkirkan kereta di hadapan rumah orang, sebelum nak jalan tu sempat pula dia bersihkan dalam kereta.. dengan selamba buang sampah sarap depan rumah orang..
  2. Tabiat meludah orang kita:
    Nak ludah ikut "dan" ajer.. kalau sedang berada di tangga, tangga tu lah kena ludah, kalau dalam lif, kena ludah lah lif tu.
  3. Tabiat menyembang kuat-kuat macamlah bagus sangat sembang dia tu:Pernah sekali saya menunggu di ruang menunggu di sebuah klinik Komuniti. Biasalah bila menunggu tu, bagi yang ada pasangan nak berbual, akan adalah topik perbualannya. Tapi agak-agaklah sikit menyembang tu.. Ini dah sampai 1 dewan dengar suara dia, apa hal?!!
Bagi tiga dulu.... bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 18 March 2013

Biarlah "Merentas" Sempadan..




 
Kita tentukan pernah berurusan dengan satu-satu pihak berkuasa untuk sesuatu hal.. dah sampai kita diarahkan pula pergi ke pejabat negeri atau daerah yang berkenaan.. mengarah dengan mulut dan senyuman manis takpelah jugak.. kalau dalam urusan perbankan pun selalunya kena pergi ke cawangan bank yang membuat kelulusan dan transaksi berkenaan. Hal birokrasi ni nampaknya bukan hanya berlaku pada jabatan atau agensi kerajaan sahaja, tetapi pihak swasta juga tidak terkecuali.. Sebagai seorang yang memahami serba sedikit hal ICT dan rangkaian komunikasi, saya faham kenapa situasinya jadi begitu.. Tentu sekali antara sebabnya adalah lokaliti urusan tersebut dibuat di negeri atau cawangan berkenaan. Dalam kata lain, pangkalan data atau database bagi rekod urusan dan transaksi berkenaan berada di cawangan setempat. Data berkenaan tidak berada di pusat data ataupun di Ibu Pejabat. Jadi agaknya apakah isunya di sini?

Isunya disini adalah kepada mereka yang membuat rekabentuk dan arkitektur sistem ataupun proses cubalah berikan kemudahan dan wujudkan saluran agar kebolehsediaan sistem itu lebih baik dengan tidak menghadkan akses hanya mengikut lokasi semata. Bayangkan untuk sesuatu urusan yang mungkin hanya perlu mengambil masa 10 minit perlu menjadi 1 hari akibat terpaksa pergi mengunjungi cawangan pejabat di lokasi lain.

Biarlah segala prosedur yang dirancang itu boleh diuruskan walaupun semasa kita di luar kawasan. Biarkan perkhidmatan yang ditawarkan itu dapat merentas batas sempadan geografi.. Memang untuk merealisasikannya tidak mudah, tetapi ianya tidaklah susah juga ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...