Thursday 28 February 2013

Yang Membezakan Kita & Mereka




Pagi ni semasa dalam perjalanan untuk berkursus di Port Dickson, sempat curi masa untuk tune ke SelangorFM. Cuba nak dapatkan sikit suntikan motivasi di pagi-pagi hari bersama Dr.H.M Tuah Iskandar. Pagi ni beliau membincangkan rumusan dan simpulan yang beliau buat setelah bertemu ramai individu yang hebat dan berjaya. Ringkasnya tiga perkara ini yang paling utama yang membezakan mereka yang hebat dengan mereka yang biasa-biasa:

1. Tak kenal cuti
Kebiasaannya mereka ni memang kuat bekerja. Tidak kenal penat dan nampak letih. Kerja dan usaha memang tidak mengenal masa. Hari bercuti dan hari bekerja sama sahaja. Masa berehat mereka mungkin masa tidur saja ;) Sebut hal bercuti sakit pastinya jarang sekalilah golongan ini mengambil MC (cuti sakit)..

2. Ada tujuan
Orang biasa-biasa hidup dan bekerja hanya untuk keperluan, tetapi orang yang hebat mereka hidup dan berusaha untuk tujuan. Cuba perhatikan kita di mana? Agaknya rata-rata kita ni  hanya memikirkan apa keperluan yang perlu dipenuhi saban hari tanpa menetapkan satu impian dan cita-cita. Patutlah kita dan mereka berbeza ;)

3. Daya tahan tinggi
Diperhatikan mereka ni mempunyai daya tahan diri yang kuat dan mantap.. Mereka boleh tahan apa jua bentuk tekanan dan cabaran yang mendatang. Setakat kena marah sikit-sikit tu takde hal lah.. Mereka menyukai cabaran dan melihat peluang dalam masalah dan bukannya lari dari masalah yang dihadapi. Mereka akan cuba ambil tanggungjawab dahulu bukannya terus mengatakan "Ahh... tak payah!!"

Ringkasnya bagi Dr Tuah - cuba lihat, faham dan jaga tiga perkara ini dulu kalau kita nak jadi orang yang hebat dan berjiwa besar ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 27 February 2013

Melihat Yang Terbaik





Minggu lepas saya terbaca artikel di akhbar yang menceritakan penemuan dari segi sains dan biologi bagaimana hebat dan berbezanya seorang bintang boleh sepak dunia berbanding pemain-pemain lain. Artikel berkenaan merujuk kepada pemain bola sepak terhebat Cristiano Ronaldo.. Kira-kira setahun yang lalu pernah juga saya terfikir untuk membicarakan tajuk ini di blog, tetapi nampaknya kolumnis akhbar tersebut lebih laju untuk menzahir dan menyatakan perkara ini. Sesungguhnya, kadang-kala kita ada idea tetapi bila kita lambat untuk menzahirkannya.. orang lainlah yang akan meneroka hal itu.. Ketika itu saya menjurus untuk mengetengahkan bagaimana Ratu Skuasy Negara - Datuk Nicol Ann David  boleh berada di puncak dan sentiasa cemerlang sebagai pemain nombor 1 dunia dalam arenanya. Tentunya ada rahsia dan pendekatan yang unik pada diri beliau yang membezakan prestasi beliau dengan pemain lain. Perbezaan inilah yang perlu dikaji dan dicontohi.

Setakat ini, setahu saya dalam bidang sukan di Malaysia, beliau sahaja yang paling hebat dan "maintain" sebagai yang terbaik dalam kelasnya. Saya tidak pasti pernah ada kajian ataupun buku yang menulis tentang kecemerlangan beliau. Kalau dah ada, alangkah baiknya telah dibaca dan diketahui oleh kita terutama sekali para atlit dan ahli sukan. Tetapi kalau belum ada... sesuatu perlu dibuat!!

Bagi pandangan saya, kecemerlangan yang diperoleh oleh beliau tentunya tidak hadir dan terjadi begitu sahaja. Tentu sekali ada faktor, usaha dan pendekatan tersendiri yang dilalui beliau yang mungkin berbeza... Tentu sekali bukan mudah dan banyak kerja keras yang dilalui oleh beliau untuk melayakkan beliau berada di kedudukan sekarang.

Akhir kata, di dalam apa-apa bidang sekali pun saya fikir kita telah ada contoh-contoh ikutan yang terbaik. Untuk mencipta kejayaan mengikut model kejayaan yang sudah adalah lebih mudah daripada kita nak mencipta kejayaan kita yang tersendiri ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 22 February 2013

Bila Kita Memberi



Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..

Hanya nak berkongsi perasaan apabila kita menerima pemberian daripada sesorang.. Pemberian ikhlas terutamanya..

Lewat petang semalam, saya, isteri dan anak-anak singgah di sebuah pasaraya besar.. hasrat hendak mendapatkan beberapa barang untuk keperluan di dapur.. Sambil tu singgahlah sekali untuk makan malam di medan seleranya..

Syamil anak sulong saya awalnya meminta untuk saya memilih troli yang besar kebetulan sebab dia tidak berselipar.. maklumlah kasut sekolah habis basah lenjun main dalam "bendang" agaknya di padang sekolahnya petang tadi. Jadi saya letakkan ketiga-tiga anak dalam troli tu... suka sangat diaorang.. Si Zara Sofea yang baru 8 bulan pun nampak suka dalam troli yang saya dan isteri tolak tu ;)

Sampai di medan selera Syamil dan anak kedua Aina saya dudukkan di kerusi.. Si bongsu, Zara saya letakkan di atas meja.. Mamanya macam biasalah bertugas pergi beli makan dan minum.. Saya memang malas nak membeli.. biarlah RM keluar dari dompetnya.. hehehe..

Sambil menunggu... melayan keletah budak-budak ni terutama Zara di hadapan saya, tiba-tiba...

Datang seorang gadis.. gaya macam pelajar kolej berdekatan.. terus dia menghulurkan coklat dan biskut kepada ketiga-tiga anak saya.. Budak-budak ni apa lagi nadah tangan jelah... Perasaan saya ketika tu, wah!!
Baik betul hati budak tu.. mungkin dia suka tengok budak-budak.. mungkin nampak comel budak-budak ni macam ayahnya jugak ;)

Apapun sifat nak memberi tu saya amat kagumi.. Sifat menyukai tu no 2. Yang pertamanya sifat memberi dan menghulurkan atas dasar penuh ihklas itu yang sepatutnya menjadi budaya dalam masyarakat kita..

Kalau di jalanraya tu alangkah sungguh indahnya hidup apabila masing-masing berebut-rebut dan berlumba-lumba untuk memberikan ruang dan laluan kepada pemandu lain..

Lagi indah juga apabila pada penghulu hari seperti Hari Jumaat ni, kita ikhlas memberikan sumbangan ke tabung-tabung masjid yang ada.. dengan bukan hanya RM1.. tapi dengan nilai yang lebih besar dari itu..

Cuba kita masukkan RM5 yang ditambah nilai keikhlasan ;)

Indahnya dunia ini bila semuanya ikhlas untuk memberi.. Dapat memberi banyak tanpa rasa rugi..











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 7 February 2013

Pemergian Insan Hebat - Azli Paat




Setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat, pastinya saya tidak lupa untuk tune ke Radio Bernama24 untuk mengikuti slot Azli On Air - ICT dan Anda... membincangkan segala perkara berkaitan ICT oleh Pakar ICT ini. Tanya saja apa pun soalan berkaitan teknologi dan ICT pasti En. Azli Paat akan menjawab dengan penuh yakin. Banyak yang saya belajar dari ilmu dan penerangan beliau selama setahun dua ni.

Tetapi.... pada pagi ini saya dikejutkan dengan berita yang mengejutkan seluruh peminat beliau dan komuniti  ICT Malaysia. Kehilangan beliau sesungguhnya satu kehilangan besar. Pemergian Allahyarham En Azli Paat - saya akan sambung lagi... Sedang menitiskan air mata..

-------------------

Masih lagi sebak..

Apabila disebutkan di radio padi tadi perkataan "arwah".. minda saya macam tidak percaya.... Saya bukanlah kenalan beliau, tapi berdasarkan fb dan lain-lain sumber, saya melihat beliau seorang yang sihat dan aktif. Tidak nampak penat pada gambaran diri dan suara beliau setiap hari..

Saya mula melihat beliau semasa zaman remaja dahulu.. masa tu kalau tak silap saya beliau sering muncul di TV1 (Selamat Pagi Malaysia)... rasanya sembang berkenaan komputer dan IT ketika itu.. Zaman dia muda-muda dulu ;)

Apa yang boleh saya katakan tentang beliau ialah beliau seorang yang sungguh ceria, sungguh bersemangat, sungguh berilmu dan sungguh tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain. Paling hebat dia bukan sahaja pakar dalam bidang ICT tapi boleh memberikan idea serta kreativitinya untuk memperbaik keadaan dan masalah kehidupan yang ada. Perkhidmatan seperti SMS Dapat, RakanCOP, ADACode dan pelbagai lagi adalah hasil usaha beliau.

Apapun, Allah lebih sayangkan beliau..

Beliau seorang yang sungguh hebat dan sungguh luar biasa bagi saya!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 6 February 2013

Sebagai Pengguna Kita...



Suka untuk kongsi sekelumit pandangan untuk semua berkaitan kepenggunaan.. Sebagai pengguna yang sentiasa melakukan urusan jual beli dan transaksi di kedai, pasaraya atau di tempat jualan, berikut beberapa tips yang mungkin kita sudah tahu atau mungkin ramai juga yang tak beberapa nak ambil tahu:

1. Buat perbandingan harga. 
Memang perkara ni sukar juga untuk saya amalkan ;) tapi sebenarnya ia memberikan lebih manfaat dan kepuasan sekiranya kita sudah membuat perbandingan harga. Bayangkan untuk beberapa perkara yang sama tetapi berbeza harganya dilokasi berlainan.. Tentunya sekiranya kita dapat harga murah, duit kita boleh disalurkan ke "channel" yang lain.

2. Pastikan barang berstatus halal
Ini sudah tentunya penting.. Jangan kita biarkan dan sokong mana-mana produk dan perkhidmatan yang lari dari amalan syariah dan yang boleh merosakkan ummah. Ingat bukan setakat barang makan minum sahaja yang ada status halal.. perkhidmatan juga..

3. Semasa membayar dikaunter pastikan pekerja scan sekali sahaja untuk setiap perkara. Kita tidaklah berprasangka tapi takut dia tersilap.. Dah elok2 bayar RM5.00 tanpa sedar kita membayar RM10.00.
Kan naya tu.. free2 jer tempat tu sedut duit kita.

4. Masa membayar juga pastikan harga yang ada diskaun tu diberikan potongan sepatutnya.. Takut berlaku di rak ditulis ada less.. tapi bila scan harga penuh.. kita pulak yakin 100% perkara tu ada diskaun.. Rugi..

5. Rajin-rajinlah semak resit bayaran tu.. kalau panjang sangat resitnya, cuba ambil masa..... yelah untuk semak senarai benda yang dibeli takut keluar pulak "item" orang lain yang kita tak ambil pun.

Dan jangan lupa cuba buat lejer akaun kewangan sendiri.. Cuba rekodkan aliran tunai setiap hari agar kita tahu kemana duit kita mengalir sebenarnya ;))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 2 February 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minda Separa Sedar vs Minda Sedar

Dah bertahun saya mndengar tentang minda separa sedar dan kekuatannya. Namun baru2 ni barulah saya sedar dan faham sedikit kesan dan mengapa ia sering kali dibincangkan terutama melibatkan interaksi, nilai dan respond kita pd sesuatu.

Di sini saya berikan 1 metafora yg mungkin sedikit mmberikan gambaran hubungkait antara kedua-duanya serta kesannya pada diri kita.

Minda sedar secara mudahnya adalah minda yg mengutamakan logik dan gemar berhujah dlm menentukkan sst isu. Ia bertindak menurut apa yg dipercayai dan kadang kala ia membuatkan kita terkawal dan tidak cukup bebas dalam menentukan bagaimana perjalanan sst perkara dan tindakan.

Manakala minda separa sedar pula mmg diam dalam diri kita. Walaupun ia diam, sebenarnya ia jauh lebih besar peranannya pd seseorang. Ia secara langsung juga menentukan apa keputusan untuk tindakan dalam perjalanan hidup kita.. Wah.. panjang pulak penerangan ni.. Saya sebenarnya sedang melatih minda bawah sedar saya untuk sesuatu ;-)

oklah.. nk mudah nk faham apa beza 2 minda ini ambil cth bagaimana kita memandu. Dahulu masa kita belajar kelas memandu. Masa belajar tu.. kita byk guna ingatan dan berlatih untuk buat ikut aturan dari mula2 betulkan tempat duduk, betulkan cermin.. membawa ke hidupkan enjin.. masuk gear 1 hingga berjalan, masuk simpang dan seterusnya sampai ke destinasi. Masa tu kita byk guna minda sedar sbb kita belum mahir atau pro dlm memandu.

Dan sekarang, cuba kita lihat bagaimana kita memandu. Masuk je kenderaan secara automatik semua tindakan untuk memandu kita tidak hafal lagi tetapi semua anggota tangan kaki serta mata bertindak sendiri. Tangan, kaki dan mata tahu apa nak dibuat.

Itulah contohnya..

Jadi mungkin kita perlu latih pula minda bawah sedar kita ini utk perkara2 hebat yg lain pula seperti utk menjadi jutawan misalnya :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...