Saturday 29 September 2012

Memilih Jalan Kemakmuran


Semalam bajet 2013 telah diumumkan oleh PM kita. Secara keseluruhannya saya melihat bajet kali ini cuba menyeimbangkan antara pengurusan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan khususnya pada bidang-bidang kritikal dan rakyat kelas menengah serta lain-lain kelompok yang ada.  Selain itu, tentu sekali bajet kali ini memberikan penekanan pada usaha meneruskan apa yang telah dirangka dalam konteks meneruskan tranformasi dan menuju ke arah negara maju 2020. Bajet ini juga dilihat agak signifikan dengan pilihanraya umum yang rasanya sudah semakin hampir. Saya meneka ia akan diadakan pada Jan 2013 ;)

Apabila memperkatakan tentang pilihanraya, PM pernah berkata PRU kali ini merupakan ibu kepada semua PRU yang sebelumnya. Saya amat bersetuju sekali kerana PRU untuk kali ini amat sukar untuk dibuat sebarang andaian dan jangkaan apa yang boleh berlaku. Dengan senario ramai yang masih tidak mendaftar mengundi, ramai yang macam tidak kisah untuk mengundi, ramai yang di atas pagar dan ramai lagi yang masih ego dan tuli tentunya agak sukar untuk kedua-dua belah pihak menjangkakan apa keputusannya nanti.

Orang politik, saya fikir, masing-masing tentunya telah mengatur strategi untuk memenangi setiap kerusi yang dipertandingkan. Trend yang jelas ketika ini dalam aspek memilih undi saya lihat ada 3 iaitu: Memilih parti, memilih calon dan tidak memilih langsung. Yang tidak memilih tu memang merugikan semua.. sia-sia sahaja undi tu.. Bagi yang memilih parti tentunya mereka ini, melihat secara lebih luas natijah dan sumbangan undinya kepada keseluruhan keputusan itu nanti. Bagi yang memilih calon pula tanpa melihat parti mana yang diwakilinya, saya fikir mereka melihat secara lebih terjurus dan fokus kepada personaliti calon tersebut. Sememangnya kedua-dua situasi seperti ini menimbulkan dilema kepada semua pihak, baik parti, calon dan pengundi itu sendiri.

Tanpa perlu mengulas dan merepek yang bukan-bukan lagi, saya fikir adalah lebih baik semua daripada kita rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam dan berbangsa Melayu dapat memikirkan semasak-masaknya siapa yang perlu dipangkah nanti semasa PRU akan datang ini.

MUDAHnya cuba ambil faktor dalam checklist saya ini untuk membuat keputusan:



  1. Dengan memilih dia, adakah akan berterusan kemakmuran di Malaysia yang tercinta ini.
  2. Dengan memilih dia, adakah agama Islam dan syiarnya akan dapat diutuhkan di Malaysia yang tercinta ini.
  3. Dengan memilih dia, adakah bangsa Melayu akan terus memegang tampuk kepimpinan di Malaysia yang tercinta ini.
  4. Dengan memilih dia, adakah pasti segala hak dan keistimewaan bumiputera terus dipelihara di Malaysia yang tercinta ini, dan
  5. Dengan memilih dia, adakah dimasa depan nanti anak cucu keturunan kita dapat terus menikmati hidup penuh bermaruah di Malaysia yang tercinta ini.
Setiap 5 perkara dan faktor ini ada pemberatnya yang tersendiri. Anda tentu tahu mana keutamaaanya dan bagi saya kesemuanya tidak boleh dikompromi semasa membuang undi nanti. Fikir-fikirkanlah.. Janganlah melihat faedah dari sudut sempit dan dalam jangkamasa pendek. Cuba amati dan cari impak dari sudut luas dan dalam jangkamasa panjang. Jangan tempurungkan minda kita pada agenda  dalam negara tetapi juga pada pengantur agenda dan "Mastermind Sebenar" diluar sana..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 5 September 2012

Buruk Perangai Rosak Jiwa




Insiden memijak gambar PM dan menayang punggung tu bagi saya amat teruk dan diluar norma budaya masyarakat Malaysia. Tidak sangka dan terfikir oleh saya sampai sejauh itu "budak" itu dan mereka yang terlibat begitu berani dan begitu hinanya melakukan aksi sebegitu. Mungkin ramai yang menyokong perbuatan itu (kalau betul ramailah..) tapi saya rasa jauh lebih ramai lagi (majoriti besar yang senyap) yang merasa merasa jijik terhadap tindakan tersebut. Janganlah sampai kita sanggup melanggar tatasusila, hanya kerana berbeza pendapat sahaja..

Biarlah LEMBU sahaja yang menunjukkan punggungnya pada orang lain ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kerja Itu Ibadah Juga




Sering mendengar keluhan seseorang seperti ini "Apa nak kerja susah-susah boss, bukannya dapat apa-apa pun". Bagi saya dia tidak sedar 
kenyataan dia tu salah belaka. Cuba dia senaraikan apa yang dia dah ada atau aset yang telah diperoleh sejak mula kerja dengan gaji pertamanya itu hingga kini. Kalau dah 1 setahun pun macam-macam dia dah boleh beli. Kalau 5 tahun.. 10 tahun.. 30 tahun apatah lagi..

Sehari kerja 8 jam. Cuba dia fikir sejenak.. berapa jam sebenarnya yang dia betul-betul bekerja.. Mungkin paling kuatpun kita boleh kerja dalam 
5 atau enam jam sahaja. Selebihnya mungkin banyak berfoya-foya atau membuang masa sahaja. Masalahnya disini saya fikir adalah apabila kita melihat kerja sebagai pertukaran terhadap wang. Kerja banyak ni mesti dapat banyak ni.. Adilkah kita dan betulkah kita kerja sebanyak itu. Cuba masing-masing daripada kita menilai sejauhmana setaranya kerja dan gaji yang kita dapat. Dengan gaji 3K itu adakah kerjanya juga bernilai 3K. Atau ianya hanya 2K sahaja.. Atau mungkin kerja kita lebih daripada 3K sebenarnya.

Melalui pembacaan dan pemerhatian saya sepatutya kerja menjadi satu komponen dalam hidup sebagai peluang untuk beribadah, cari ilmu pengalaman, mencari rakan, memperoleh kemahiran, menguji keupayaan diri dan menggalakkan motivasi diri untuk menjadi individu terbaik. 

Mudah katanya, kalau kita mendengar kata-kata negatif seperti di atas tadi ini jawapannya:

Kalau x puas dengan kerja tu, anda ada 2 pilihan iaitu samada anda kekal disitu dengan mengubah/menyesuaikan diri.. atau anda keluar carilah kerja dan rezeki di tempat lain. Jangan gigit tangan yang menyuap nasi ke mulut anda..

Cuba sedayanya menjadikan kerja kita itu satu amal ibadah (beramal+beribadah). Moga dikemuncaknya nanti kita mendapat bukan saja redha manusia tetapi yang jauh lebih utama redha daripada DIA - Allah SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...