Thursday 31 March 2011

Banyak kita mengata mengenai orang




Membaca beberapa laman blog seolah-olah terasa berada dalam sebuah pasaraya hypermarket yang amat besar dan luas. Begitu pelbagai info dan kisah yang ada terutamanya berkait dengan politik dalam negara. Banyak maklumat dan cerita baru yang baru saya difahami dan diketahui. Sememangnya blogger di Malaysia ni agak rajin juga dalam berkongsi cerita, pandangan dan hujah masing-masing di alam maya ini.

Saya melihat dengan adanya kemudahan seperti blog telah memudahkan sesuatu peristiwa, idea serta kemaskini terbaru disebar luaskan dalam masyarakat. Memang penuh manfaatnya.

Walau bagaimanapun, yang sedikit malangnya kadang kala di blog-blog yang ada kita dapat juga membaca dan mendengar hujah dan cerita yang agak negatif. Negatif terutamanya dalam melibatkan maruah dan nama individu lain. Kita memang senang untuk menulis tentang keburukan orang lain. Tetapi sedarkah kita akan kelemahan yang kita ada. Jangan sampai semasa kita sedang asyik sibuk menulis tentang aib orang, tetapi dalam masa sama malaikat juga sibuk mencatit "dosa" @ "dosa-doa kering" akibat fitnah dan cerita-cerita tak betul atau karut marut yang sibuk nak kita sebarkan tu.. Wallahualam..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 21 March 2011

Kot ya pun bermesyuarat..




Mesyuarat.. Meeting.. Perbincangan.. Apabila mendengarnya kita kadang kala teruja, kadang kala rasa tertekan, mungkin juga suka, mungkin juga menyampah dan mungkin juga tiada apa-apa perasaan terhadapnya.. Sebenarnya mesyuarat itu perlu untuk sepasukan ahli dalam satu kumpulan kerja ataupun satu gerakan dalam untuk melihat serta mencapai sesuatu melalui berdiskusi dan mendapatkan laporan dan gambaran mengenai sesuatu hal. Di tempat kerja tentunya mesyuarat sentiasa diadakan untuk mendapatkan sebarang kemaskini mengenai kerja dan aktiviti seharian di pejabat.

Tetapi yang sedihnya, kadang-kadang berlaku pembaziran dalam mesyuarat itu lebih-lebih lagi "Pembaziran Masa". Mengapa saya katakan demikian? Ini penjelasananya:

1. Menyentuh Satu Perkara Itu Terlalu Lama.

Kadang kala sesuatu perkara itu disentuh dan dibincangkan agak lama semasa mesyuarat. Bayangkan bahawa fakta dan masalahnya telah pun jelas dan masing-masing telah faham, tetapi kita kadang-kala asyik bermain-main dengan fakta dan masalah itu.. Mula dari a, b, c dan d.. kemudian kita ulang semula a, b, c dan d yang sama.. Pusing-pusing di situ juga perginya.

2. Penceritaan Panjang Lebar.

Memadailah kita melapor dan beri penjelasan kepada perkara penting sahaja. Bunga-bunga dan perkara sampingan tu simpan sahajalah. Fokuskan sahaja pada isu pokok yang ingin diketahui dan ingin diselesaikan. Apa yang diluar bidang kuasa usah disibukkan!

3. Masa Henti /Pause Yang Lama!

Memang kadang kala kita perlu ambil masa dan ambil ruang dan masa untuk meneruskan perbincangan. Diam seketika mungkin untuk memberi ruang otak dan minda memikirkan sesuatu mengenai perkara yang dibincangkan. Tetapi janganlah berhenti seolah-olah menunggu lampu merah di persimpangan jalan. Lama tu!! Bukankah nampak lebih tegas, lebih karisma dan lebih yakin jika kita pergi kepada setiap perkara dengan kadarkan lebih pantas, sebijik-sebijik disentuh dan segera disimpul kemas.

4. Benda Yang Selesai, Gugurkan.

Sampai berkali-kali benda yang tak penting dan tak membawa makna yang besar itu dikekalkan dalam minit. Ianya di bawa setiap kali mesyuarat. Buang masa, buang kertas, buang toner dan buang air liur aje tu.

5. Janganlah Mesyuarat Lebih 2 Jam.

Tumpuan ahli mesyuarat tentunya akan "down" apabila masa peribadi mereka diceroboh. Kot ya pun bermesyuarat.. ingat-ingatlah sikit bukan semua ahli dalam perbincangan itu yang tenteram jiwa dan fikirannya apabila penutup yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba ;)

Sama-sama kita praktikkan mana yang baik.. Maaf jika ada yang terasa. Cukup masa dah.. Time out!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 20 March 2011

Apapun Yang Dibawa Pemimpin..

Baru baru ini saya ada mendengar satu ceramah berkaitan gagasan 1 Malaysia. Penceramah memberikan hujah dan perbincangan mengenai konsep 1 Malaysia ini dan juga kupasan mengenainya dalam pelbagai aspek dan sudut. Memang benar apa yang diperkatakan beliau. Antara lain konsep ini kadang kala agak kabur bagi sesetengah orang yang tidak memahami. Selain kabur ianya juga boleh disalah tafsir. Selain salah tafsir, ia juga boleh dan mudah untuk dimanillasikan dan seteryusnya menimbulkan ketidakstabilan. Tiga aspek ini saja saya fikir sudah cukup boleh mewujudkan natijah yang tidak baik kepada mereka yang memang berniat untuk meng"NEGATIF"kan konsep 1 Malaysia ini. Konsep ini mudah dan jelas sebenarnya iaitu ia berteraskan kepada "PERPADUAN DALAM KEBELBAGAIAN". Itu sahaja! Dan bagi saya, kita kadang kala sibuk membincangan itu dan ini mengenai perkara ini dimana-mana, hinggakan benda yang tidak patut dirisaukan pun boleh menjadi kerisauan. Benda yang dah jelas dalam Perlembangaan pun sibuk nak diperdebatkan.. Buat apa.. buang masa!! Yang penting saya fikir, apa jua yang di bawa oleh pimpinan negara tentunya demi kebaikan semua. Memang sampai bila-bila pun kita sebagai manusia yang serba lemah ini tidak akan mencapai dan mendapat satu formula yang terbaik yang betul-betul "kena" untuk mewujudkan satu negara yang rakyat saling setia pada negara yang memiliki pelbagai budaya ini. 1 Malaysia mungkin tidak sempurna 100% untuk mencapai perpaduan di Malaysia, tetapi setidak-tidaknya ia menuju ke arah 100% itu. Mungkin sebelum ini 50% dan kini bergerak dan meningkat tahap peratusannya.. Sokonglah apa yang baik dan pinggirkanlah mana yang tak perlu dalam kepala tu ya.. Selamat menjalani kehidupan yang lebih bahagia :)

   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...